Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Istiqamah Dalam Kepeguaman - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 9

Semalam (11.2.2016) saya berasa amat gembira kerana saya telah berkhidmat dengan sebaik baiknya kepada anakguam saya. Saya mula mewakili anakguam saya dalam kes perlaksanaan perintah harta sepencarian pada tahun 1999. Anakguam saya sebelum itu telah 10 tahun berjuang di mahkamah syariah bagi mendapat haknya dalam kes harta sepencarian setelah bercerai pada tahun 1998. Pada masa itu beliau menggunakan khidmat guaman seorang peguam lain. Akhirnya, setelah beberapa tahun, suatu perintah muktamad harta sepencarian telah diperolehi di Mahkamah Rayuan Syariah.  Oleh kerana tempoh masa berguamnya sangat panjang maka beliau telah kehabisan dana untuk membiayai kos guaman berikutnya. Sewaktu beliau berjumpa saya, beliau menyatakan bahawa tidak mampu lagi untuk membayar kos guaman. Setelah melihat kepada perintah itu saya menjangka bahawa kes beliau tidaklah begitu sukar kerana ianya hanya berkaitan perlaksanaan perintah. Saya bersetuju untuk memulakan kesnya dengan bayaran guaman permulaan

Mempelajari Undang-Undang - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 8

Ada pembaca blog yang meminta saya menulis coretan tentang bagaimanakah caranya untuk menjadi peguam khususnya untuk bacaan anak-anak muda yang berada di persimpangan selepas tamat peperiksaan SPM. Saya harap tulisan ini dapat memberikan sedikit gambaran kepada adik-adik dan anak-anak yang ingin menceburi profesion ini. Saya selalu dengar orang kata kerjaya peguam ini menjanjikan kemewahan, prestij, glamor, cerah masa depan dan boleh jadi bakal menantu yang diharap. Saya tidak kata perkara itu tidak benar tetapi tidak bermakna sangkaan orang itu semuanya benar belaka. Ramai juga peguam yang masih lagi berada di dalam kategori 'cukup makan'. Tetapi setakat ini, saya belum jumpa peguam yang menganggur dan tidak berupaya untuk mendapatkan kerja. Alhamdulillah! Paling tidak mereka mempunyai kerja untuk mencari rezeki. Tidak dinafikan juga, ramai peguam veteran yang telah berjaya dalam hidup dan telah mencapai tahap kemewahan yang tinggi. Tetapi, waktu itu jumlah populasi peguam t