Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2022

MANIFESTO PH VS MANIFESTO PN

MANIFESTO PH Manifesto PH yang terdiri daripada 94 mukasurat terdiri daripada 10 keutamaan tawaran. Manifesto ini telah dilancarkan pada 2 November 2002. Kali ini manifesto PH tidak lagi dinamakan sebagai manifesto tetapi dinamakan sebagai Tawaran Harapan. Barangkali mungkin kerana tidak mahu lagi terpalit dengan kata-kata ‘manifesto sebagai bukan kitab suci’. Sebenarnya, Mahkamah sendiri pun pernah memutuskan bahawa manifesto bukanlah satu kontrak yang mana pihak-pihak akan terikat dengannya. Manifesto sebenarnya lebih tepat jika dianggap sebagai visi atau aspirasi parti yang bertanding. Manifesto PH meletakkan 3 matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, mewujudkan pentadbiran beramanah dan mempersiapkan negara untu menghadapi cabaran masa hadapan. Sememangnya, kita semua menghadapi masalah ekonomi yang serius khasnya pasca Covid-19. Ramai orang telah hilang pekerjaan dan perniagaan baharu sahaja untuk tumbuh dan pulih kembali.  Oleh itu, menjadi keutamaan untuk mana-mana kerajaan se