Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Memahami Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (“Akta 355”)

Semenjak Ahli Parlimen Marang mengemukakan RUU Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (“Akta 355”) pada 26 Mei 2016, polemik berkaitan isu ini bertambah panas. Isu ini menjadi panas disebabkan komen berbaur emosi dan pengaruh keagamaan tanpa difahami secara tuntas apakah persoalan yang sebenar di sebalik isu ini. Bahkan, ramai yang tidak pernah pun membaca teks sebenar Akta 355 sebelum memberikan komen ke atas isu ini. Oleh itu, adalah wajar sekiranya kita melihat perspektif sebenar berkaitan hal ini. Kandungan Akta 355 Akta 355 ini adalah akta yang ringkas yang hanya mengandungi 3 seksyen sahaja. Akta 355 ini dimulai dengan Tajuk Panjang dan Mukadimah yang menyatakan seperti berikut: “Suatu Akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang - undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak.” Seksyen 1 Akta 355 ini pula menyatakan tajuk ringkas akta i