Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

IKON HEBAT DUNIA PEGUAM: TAN SRI MD ARIFF YUSOF - SIRI 1

Tan Sri Md Ariff Yusof adalah antara insan yang banyak memberikan ilham dan inspirasi kepada saya dalam dunia peguam. Pengalaman menjalankan kes bersama insan ini adalah pengalaman berharga. Saya mula mengenali Tan Sri Md Ariff Yusoff pada tahun 2004 selepas PAS kalah teruk dalam pilihan raya. Pada waktu itu banyak kerusi yang PAS menang di Selangor telah jatuh ke tangan BN. Maka, parti buat keputusan untuk membuat petisyen pilihan raya. Pada waktu itu sangat sukar untuk buat petisyen pilihan raya disebabkan tiada pengalaman. Peguam lain pun ramai yang tiada pengalaman. Malah, kalau ditanya 20 orang peguam kesemuanya langsung tiada pengalaman. Undang-undang petisyen pilihan raya ini sangat berlainan dengan undang-undang sivil yang lain kerana ia menggunakan Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 sebagaimana yang wujud dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Maka, kita terpaksa mendrafkan sendiri petisyen itu berdasarkan Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya itu dan terpaksa me