Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Memohon Sebagai Peguam Syarie di Selangor

Saya menerima pertanyaan mengenai tatacara untuk memohon menjadi seorang peguam syarie. Secara kebetulan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Tuan Musa Awang memaklumkan kepada para peguam syarie bahawa cara-cara untuk memohon sebagai peguam syarie di Negeri Selangor hendaklah mematuhi Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008 [Sel. P.U. 23/2008] yang menyatakan seperti berikut: KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI SELANGOR) 2008 Bahagian III - PEGUAM SYARIE Kaedah 8. Kelayakan sebagai Peguam Syarie (1) Tertakluk kepada subkaedah (4), mana-mana orang yang memenuhi syarat yang berikut adalah layak untuk menjadi seorang Peguam Syarie: (a) seorang yang beragama Islam; (b) seorang warganegara Malaysia; (c) berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayah (di bawah Undang-undang bertulis), bukan seorang yang bankrap atau tidak pernah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketingg

Polemik Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965

Hari ini (26 Mei 2016) hangat diperkatakan isu mengenai Ahli Parlimen Marang yang telah mengemukakan usul rang undang-undang persendirian. Pelbagai pihak telah mengulas daripada aspek politik. Saya biarkan orang lain memperkatakan isu politik sama ada perkara itu ada hubung kait antara kerjasama UMNO-PAS atau berkaitan PRK yang bakal dilangsungkan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Saya hanya ingin melihat daripada aspek perundangan. Komen awal saya bila melihat usul yang dibuat dan membuat perbandingan dengan seksyen asal Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), terdapat kejanggalan dari sudut penggubalan (drafting) akta ini. Saya tidak tahu siapakah yang mendrafkan usul tersebut. Saya fikir ianya tidak mematuhi standard dan piawaian Peguam Negara. Sefahaman saya, walaupun ianya adalah usul persendirian, pegawai undang-undang Parlimen seharusnya menyemak terlebih dahulu usul tersebut supaya ianya menepati bahasa undang-undang dan piawaian tertentu. Sekiranya t

Kesihatan - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 12

      Untuk berjaya dalam profesion guaman, anda hendaklah sentiasa sihat wal afiat. Profesion ini memerlukan seorang yang sihat kerana ianya adalah profesion yang memberikan perkhidmatan. Profesion ini tidak menjual produk atau barangan.       Profesion ini modalnya adalah otak, pen, kertas dan air liur. Maksud saya seorang peguam perlu menggunakan ilmu (otak) untuk berfikir bagi setiap kes yang dihadapi. Tanpa tubuh badan yang sihat otak tidak akan berfungsi sebagaimana yang disebut di dalam pepatah arab, "Akal yang sihat hanya ada pada tubuh badan yang sihat (Al-'aqlu al-salim fi al-jism al-salim)". Profesion peguam adalah antara profesion yang banyak menggunakan akal. Sebab itu seorang peguam yang aktif jarang akan menjadi nyanyuk. Seorang peguam bahkan terpaksa berfikir dari 5-6 sudut pandang untuk mendapatkan hasil atau solusi bagi masalah kliennya. Maknanya, peguam itu perlu berfikir berlapis-lapis sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini memerlukan kemahiran atau

Perihal Pembangkang Disekat Memasuki Sarawak Semasa Pilihan Raya Negeri

        Saya ada membaca beberapa laporan akhbar perihal beberapa pemimpin pembangkang dilarang daripada memasuki negeri Sarawak semasa tempoh berkempen pilihan raya negeri Sarawak kali ini. Penamaan calon telah dibuat pada 24/4/2016 dan hari pengundian telah ditetapkan pada 7/5/2016.         Sepanjang tempoh kempen ini, Presiden Parti Amanah Negara, Hj Muhamad Sabu telah tiba di Sarawak tetapi ketika sampai di lapangan terbang Kuching, pihak imigresen telah menghalang beliau daripada memasuki Sarawak dan beliau telah dihantar pulang pada hari yang sama. Pemimpin muda parti yang sama, Shazni Munir juga turut menerima nasib yang sama.          Selain itu, beberapa pimpinan NGO seperti Dato Ibrahim Ali daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa juga menerima nasib yang serupa. Tetapi, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali menerima nasib yang lebih baik. Beliau tidak dilarang daripada memasuki Sarawak tetapi hanya dihadkan tempoh untuk tinggal di Sarawak.        Secara u