Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Tuntutan nafkah iddah menurut hukum syarak dan undang-undang

Pembayaran nafkah iddah adalah wajib ke atas suami yang menceraikan isterinya sepanjang tempoh iddah dan selagi isterinya tidak disabitkan dengan nusyuz. Kuasa Mahkamah untuk membuat perintah berhubung tuntutan nafkah iddah adalah termaktub dalam seksyen 59(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang menyatakan: “Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isterinya atau bekas isterinya.” Seksyen ini memberikan kuasa yang luas kepada Mahkamah untuk membuat perintah berkaitan nafkah iddah kepada isteri yang telah diceraikan selagi isteri itu tidak disabitkan nusyuz. Seksyen 65(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pula menyatakan tempoh kuatkuasa nafkah adalah sehingga tamat tempoh iddah seseorang isteri: “Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendakla

Tuntutan mutaah menurut hukum syarak dan undang-undang

Pembayaran mutaah adalah wajib ke atas suami yang menceraikan isterinya tanpa sebab yang patut di sisi Hukum Syarak. Seksyen 56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan: “Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mutaah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.” Allah Taala telah berfirman, “Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat mutaah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang takwa” Al-Baqarah 2:241 Hal ini diperkuatkan lagi dengan tawaran Nabi S.A.W memberikan mutaah kepada isteri-isteri Baginda S.A.W sepertimana yang difirmankan,