Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Tawadhu’ Dalam Kepeguaman - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 14

Tawadhu’ atau ‘humility’ adalah prinsip dasar yang harus menjadi amalan dalam kepeguaman. Tawadhu’ ini merujuk kepada sikap dan sifat merendah diri dan hormat kepada pihak yang lain. Dalam “ Forum Prosiding Jenayah Syariah Di Malaysia: Perlukah Anjakan Paradigma?” anjuran Majlis Peguam pada 22/4/2017, Tuan Awang Armadajaya bin Awang Mahmud, Ketua Unit Rayuan, Jabatan Peguam Negara menyebutkan bahawa ‘tawadhu’ ini adalah suatu kemestian bagi yang beramal dalam profesion ini. Beliau menyatakan bahawa sifat ‘tawadhu’ ini bukan setakat perlu menjadi perhatian peguam malah kepada para pendakwaraya dan hakim itu sendiri. Kesemua pihak mempunyai peranan masing-masing dan perlu menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya. Ketiga-tiga pihak itu tidak boleh mendabik dada bahawa merekalah yang paling alim dan arif kerana yang paling utama dalam sesuatu kes adalah melaksanakan keadilan. Keadilan tidak akan tertegak jika mana-mana pihak itu ‘eksyen’ dan berlagak pandai. Pokoknya, masing

Interaksi Antara Industri Dan Mahasiswa/i Undang-Undang

Baru-baru ini saya dan beberapa orang teman yang lain telah dijemput untuk berkongsi pengalaman bersama mahasiswa/i undang-undang tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sg Pusu dalam satu program yang dinamakan “Teh Tarik Session With Law Firms”. Kesemua panelis yang dijemput itu adalah peguam-peguam yang telah lama berkhidmat di dalam dunia perundangan mewakili pelbagai cabang amalan. Sejurus sebelum program bermula, kami dimaklumkan oleh seorang pensyarah kanan di universiti berkenaan bahawa ramai di kalangan graduan sekarang tidak berminat untuk menjadi peguam. Beliau meminta kami untuk berkongsi pengalaman dunia guaman sebagai galakan kepada mereka untuk turut menceburi bidang ini. Saya mewakili cabang amalan guaman syariah, Tuan Ariff Azami mewakili bidang litigasi jenayah, Tuan Noorazmir mewakili bidang guaman litigasi sivil dan Puan Azlina mewakili bidang dokumentasi ‘conveyancing’. Maklumbalas yang diperolehi daripada penganjur menunjukkan bahawa mah