Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

MELIBERALKAN OBJEKTIF HUKUMAN MAHKAMAH

Mengikut buku undang-undang yang dipelajari oleh mahasiswa yang mengambil subjek Undang-Undang Prosedur Jenayah pastinya akan berjumpa dengan bab tujuan sesuatu hukuman jenayah dikenakan. Pelajaran ini biasanya akan dipelajari dalam subjek “Criminal Procedure’ dan ianya sangat penting kerana sesetengah mahasiswa ini akan menjawat jawatan majistret apabila mereka tamat belajar undang-undang. Tugas majistret adalah untuk mendengar kes. Kedudukannya sama seperti hakim. Dalam sistem perundangan Malaysia majistret akan menjadi hakim di Mahkamah Majistret. Bagi Mahkamah Sesyen orang itu dipanggil sebagai Hakim Sesyen. Begitu juga di Mahkamah Tinggi mereka juga dipanggil sebagai hakim. Apa yang membezakan hanyalah panggilan di pangkal nama iaitu majistret akan dipanggil Tuan Majistret dan hakim sesyen akan dipanggil Tuan Hakim. Apabila di Mahkamah Tinggi akan dipanggil Yang Arif Hakim atau Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman. Pangkat Yang Amat Arif pula akan diberikan kepada Hakim Besar, Presiden

LOH, MAZA & RAMASAMY: POLEMIK KEISLAMAN 3 KANAK-KANAK

  *LOH, MAZA & RAMASAMY: POLEMIK KEISLAMAN 3 KANAK-KANAK* Begitu hangat dibicarakan mengenai polemik keislaman 3 kanak-kanak. 3 kanak-kanak itu adalah lahir daripada perkahwinan pasangan bukan Islam. Selepas berlaku pergaduhan rumah tangga, ibu bapa ini telah berpisah dan kemudiannya 3 anak mereka telah dibawa oleh bapa mereka. Selanjutnya, bapa mereka telah memeluk Islam dan anak-anak mereka telah turut memeluk Islam. Bapanya kini dikhabarkan berada di dalam penjara dan seterusnya ibu kanak-kanak itu, Loh Siew Hong telah memfailkan kes bagi menuntut hak jagaan bagi kanak-kanak berkenaan. Pada asalnya isu ini hanya berkisar mengenai hak jagaan kanak-kanak ini. Namun, isu ini menjadi polemik baharu apabila dikatakan kanak-kanak itu telah memeluk agama Islam dengan persetujuan bapa mereka tetapi tanpa persetujuan ibu mereka. Pada masa yang material itu, Mufti Perlis, Dr MAZA menegaskan bahawa keislaman kanak-kanak itu adalah sah menurut Enakmen berkaitan agama Islam di Perlis. Selepa

PENDAFTARAN & PEMBATALAN DAFTAR KEISLAMAN

  PENDAFTARAN & PEMBATALAN DAFTAR KEISLAMAN Hari ini timbul semula isu panas. Isu jadi panas sebab ada kaitan dengan agama. Perkara yang berkaitan dengan agama dan bangsa biasanya jadi panas, terutamanya jika ada yang jadi tukang kompang. Benda yang kaitan dengan integriti dan korupsi jarang panas sebab tak ramai yang nak kompang isu ini. Pertamanya, cara Puan Loh ini memfailkan kes di Mahkamah adalah di bawah proses undang-undang. Pendirian undang-undang yang terbaru mengikut kes Indira Gandhi a/p Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors and other appeals [2018] 1 MLJ 575 mengatakan tafsiran kepada maksud 'parent' dalam Per. 12(4) Perlembagaan Persekutuan adalah bermakna pengislaman sepihak (unilateral conversion) adalah tidak sah. Oleh kerana ianya melalui proses Mahkamah maka pihak responden hendaklah melantik peguam bagi mempertahankan pendirian mereka. Pihak lain yang berkepentingan juga boleh memohon untuk menjadi pencelah. Keduanya, Mahkamah Sivil hanya b

KES PENDAKWA RAYA VS SAM KE TING (KES BASIKAL LAJAK)

  KES PENDAKWA RAYA VS SAM KE TING Ada kawan peguam berikan penghakiman ringkas YA Hakim ini. Terima kasih diucapkan kepadanya. Mengikut YA Hakim sebab mengapa keputusan Majistret diakaskan adalah kerana: 1. Isu sama ada wujud prima facie atau tidak telah pernah diputuskan dalam kes rayuan sebelum itu oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang lain. Dalam rayuan itu adalah jelas tertuduh telah dipanggil membela diri. 2. Tertuduh telah memberikan keterangan secara tidak bersumpah (unsworn statement from the dock). Apabila seseorang tertuduh dipanggil membela diri ada 3 pilihan diberikan, sama ada berdiam diri, memberikan keterangan tanpa bersumpah dan memberikan keterangan secara bersumpah. Keterangan secara tidak bersumpah akan mempunyai nilai lebih rendah daripada keterangan bersumpah kerana keterangan tersebut tidak boleh dicabar melalui soal balas pihak lawan. 3. Keterangan tidak bersumpah tertuduh itu juga gagal mematahkan kes prima facie apabila tiada keraguan munasabah berjaya diwuj

PERANGAI ORANG MELAYU MENURUT FRANK SWETTENHAM DALAM MALAY SKETCHES

  Pemerhatian Frank Swettenham dalam Malay Sketches (1895) terhadap perangai lelaki Melayu yang masih kekal sehingga ke hari ini adalah mengenai sifat suka bermewah dan suka berhutang. Biar papa asal bergaya. Biar beli mercedes daripada naik viva walaupun nak isi minyak pun terpaksa berhutang. Katanya, "He is courageous and trustworthy in the discharge of of an undertaking; but HE IS EXTRAVAGANT, FOND OF BORROWING MONEY, AND VERY SLOW IN REPAYING IT." Lelaki Melayu ini juga kuat beragama tetapi kuat juga percaya karut marut. Jenis tak minum arak atau hisap dadah tapi berjudi tetap jadi mainan. Jadi tak heranlah sekarang ini kalau ramai orang yang punya pangkat dan kuasa ini dahi kemain hitam kononnya tanda banyak sujud tapi belakang dok kira duit rasuah. Pergi umrah tapi ditaja kontraktor. Tak heran juga kalau ramai yang berasa berzikir di kubur lebih berkesan di jiwa daripada berzikir atas tikar sejadah di rumah atau di masjid. "He is a Muhammadan and fatalist, but HE

JOHNNY DEPP VS AMBER HEARD : VERITAS NUMQUAM PERIT (TRUTH NEVER PERISHES)

  JOHHNY DEPP VS AMBER HEARD : VERITAS NUMQUAM PERIT (TRUTH NEVER PERISHES) Barangkali petikan kata-kata ini adalah yang terbaik untuk menjelaskan proses Mahkamah. "Veritas numquam perit" - Petikan ini dikatakan berasal daripada seorang ahli falsafah Rom bernama Senenca (mati 65 AD). Perkataan ini memberikan maksud bahawa suatu kebenaran itu tidak boleh lari dan lambat laun akan muncul juga pada akhirnya. Bagi penganut agama Islam, mesej yang ingin disampaikan dalam frasa ini mudah untuk difahami disebabkan kepercayaan dan iman kepada qada' dan qadar dan kepercayaan kepada kebangkitan pada hari kiamat. Kepercayaan kepada kehidupan selepas kematian serta berlaku hisab perhitungan amalan baik dan buruk menyebabkan orang Islam lebih tenang hidupnya. Jika di dunia ini tidak terzahir kebenaran itu pasti di hari kiamat akan terzahir jua. Kalimat ini pun selari dengan apa yang dipetik daripada ayat Al-Quran: ÙˆَÙ‚ُÙ„ْ جَاءَ الْØ­َÙ‚ُّ ÙˆَزَÙ‡َÙ‚َ الْبَاطِÙ„ُ ۚ Ø¥ِÙ†َّ الْبَاطِÙ„َ Ùƒَانَ زَÙ‡ُ

HALA TUJU POLITIK PAS, UMNO DAN PH

  HALA TUJU POLITIK PAS, UMNO DAN PH Sering kali orang akan merujuk kepada sejarah untuk meramalkan kejadian pada masa akan datang. Sejarah ini mempunyai pola untuk berulang. Barangkali sebab itulah orang akan merujuk kepada sejarah untuk membaca masa depan. Tulisan ini merujuk kepada tulisan oleh Profesor Emeritus Clive S. Kessler pada tahun 1986 iaitu “Perluasan Islam dan Pertentangan Budaya dalam Masyarakat Melayu Kontemporari” yang dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Tamdun Melayu yang diadakan di Kuala Lumpur pada Ogos 1986. Sorotan yang dibuat oleh Prof Kessler ini hanya kepada parti politik Melayu yang utama pada masa itu iaitu UMNO dan PAS. Beliau melihat bagaimana UMNO bangkit setelah kalah pada tahun 1969 dan PAS yang pada ketika itu sedang naik tetapi runtuh ranap selepas bergabung dalam Barisan Nasional itu dan kemudiannya naik semula apabila pimpinan baru mengambil alih. Seperkara yang menarik, ucapan penutup persidangan ini dibuat oleh Dato’ Seri Mohd Najib Tun H

BON ODORI: MENILAI KONSEP FEDERALISME DAN STRUKTUR PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

  BON ODORI: MENILAI KONSEP FEDERALISME DAN STRUKTUR PENTADBIRAN AGAMA ISLAM Isu Bon Odori ini menjadi isu hangat dan mendapat perbincangan ramai. Isu ini timbul berikutan ‘nasihat’ yang diberikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad supaya orang ramai tidak menghadiri festival tahunan tersebut kerana dikhuatiri ianya membabitkan soal agama dan akidah. Berikutan itu, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menyatakan bahawa festival itu tidak akan dibatalkan namun beliau akan mendapatkan nasihat daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Belum sempat beliau mendapatkan penjelasan daripada JAIS, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah mengeluarkan kenyataan yang agak keras terhadap Menteri Agama itu. Selain daripada menasihati Menteri Agama untuk hadir ke festival tersebut, baginda juga menzahirkan bahawa baginda ‘tidak mahu Y.B. Menteri menggunakan platform Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membuat kenya