Skip to main content

STATUS JAWATANKUASA TADBIR URUS PEROLEHAN DAN KEWANGAN KERAJAAN (JKSTUPKK)

 STATUS JAWATANKUASA TADBIR URUS PEROLEHAN DAN KEWANGAN KERAJAAN (JKSTUPKK)

YB Pokok Sena pernah bertanyakan pada 1 Disember 2021 tentang status Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan Dan Kewangan Kerajaan yang ditubuhkan pada 30 Mei 2019.
Jawapan Menteri Tugas-Tugas Khas bahawa tujuan penubuhan adalah untuk melaksanakan siasatan terhadap perolehan kerajaan yang mencurigakan dan mengenal pasti tadbir urus yang lemah dan tidak telus, pembaziran, penyelewengan atau salah guna kuasa dan memberikan cadangan menangani ketirisan serta memastikan nilai pulangan faedah terbaik perolehan kerajaan.
JKSTUPKK telah mengenal pasti 39 kes perolehan mencurigakan melibatkan 8 kementerian (macam mana dalam senarai jadi 9 kementerian tak tahu lah, kemudian listing yang diberikan pun dah jadi 41 kes dan bukan 39 kes) iaitu:
1) Kementerian Pertahanan - 26 kes
2) Kementerian Pengangkutan - 4 kes
3) Kementerian Pendidikan - 4 kes
4) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan - 1 kes
5) Kementerian Alam Sekitar dan Air - 1 kes
6) Kementerian Kesihatan - 2 kes
7) Kementerian Dalam Negeri - 1 kes
8 ) Kementerian Sumber Asli - 1 kes
9) Kementerian Sumber Manusia - 1 kes
Kemudian pada 24 Mac 2022, sekali lagi YB Pokok Sena tanya pasal penamatan JKSTUPKK ini. Jawapan Menteri Tugas-Tugas Khas menyatakan bahawa keahlian anggota JKSTUPKK ini tidak disambung semula setelah 3 tahun (2018-2021) bagi mengkaji semua fungsi JKSTUPKK ini kerana dikatakan ada pertindihan fungsi dengan Jabatan Audit Negara.
Malangnya ini semua jawapan bertulis sahaja dan YB Pokok Sena tidak dapat bertanyakan soalan lisan. Kalau boleh bertanya, barangkali YB Pokok Sena boleh tanya kenapa dulu jawap lain sekarang jawap lain.
Adakah siasatan ke atas 9 kementerian ini sama seperti kes yang disiasat oleh Jabatan Audit. Kenapa Jabatan Audit tak buat pun siasatan ke atas 39 kes ini. Kenapa kes LCS tak meletup macam sekarang. Kenapa PAC pick up kes LCS ini selepas JKSTUPKK kemukakan laporan siasatan kepada PAC. Ini semua menunjukkan bahawa fungsi JKSTUPKK ini sebenarnya tidak bertindih pun dengan Jabatan Audit Negara sebab JKSTUPKK ini Pengerusinya Tan Sri Ambrin Buang bekas Auditor General dan dia tahu apa bidangkuasa Jabatan Audit Negara mengikut Akta Audit 1957 (Akta 62). Dan ini barangkali boleh dibuktikan melalui senarai kes yang disiasat bahawa tiada satu pun kes ini berada dalam fail Jabatan Audit Negara.
Paling penting, kenapa JKSTUPKK dibubarkan oleh PM Ismail Sabri sedangkan JKSTUPKK telah menunjukkan prestasi cemerlang untuk menyiasat sehingga admin PM-6 pun panas dan hangat menjawab satu per satu.
Jadi PM Ismail Sabri patut teruskan sahaja JKSTUPKK ini jika inginkan ketelusan terhadap perolehan kerajaan yang bernilai bilion ringgit. Menteri-Menteri dalam kabinet terutamanya daripada PAS patut menggesa PM Ismail Sabri untuk teruskan JKSTUPKK ini sebab wang negara banyak sangat tiris dan jika tiada langkah dibuat nescaya Malaysia ini akan jadi papa kedana sampai bila bila sebab sering berbelanja lebih daripada pendapatan. Lepas itu pula ketirisan ini bernilai bilion ringgit dan langkah kerajaan nak atasi masalah ini adalah untuk kutip cukai lagi dan lagi macam baru ini kerajaan nak kenakan cukai ke atas barangan yang dibeli melalui platfom e-commerce seperti shoppee dan lazada walaupun nilai barangan itu kurang RM500. Barang kurang RM500 ini rakyat bawahan aja yang beli. Mindef takkan kot nak beli ikut lazada.
Ingat ya, PAC pun ada beritahu bahawa LCS ini adalah hanya satu siasatan sahaja. ada lagi 38 (atau 40 sebenarnya) [selepas tolak satu kes LCS ini] yang belum didedahkan. Ketua Pemuda PAS, YB Pasir Mas pun kata ada yang lagi mengejutkan daripada LCS.
Suspens ye tuan-puan!

Comments

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor