Skip to main content

JOHNNY DEPP VS AMBER HEARD : VERITAS NUMQUAM PERIT (TRUTH NEVER PERISHES)

 JOHHNY DEPP VS AMBER HEARD : VERITAS NUMQUAM PERIT (TRUTH NEVER PERISHES)

Barangkali petikan kata-kata ini adalah yang terbaik untuk menjelaskan proses Mahkamah. "Veritas numquam perit" - Petikan ini dikatakan berasal daripada seorang ahli falsafah Rom bernama Senenca (mati 65 AD). Perkataan ini memberikan maksud bahawa suatu kebenaran itu tidak boleh lari dan lambat laun akan muncul juga pada akhirnya.
Bagi penganut agama Islam, mesej yang ingin disampaikan dalam frasa ini mudah untuk difahami disebabkan kepercayaan dan iman kepada qada' dan qadar dan kepercayaan kepada kebangkitan pada hari kiamat. Kepercayaan kepada kehidupan selepas kematian serta berlaku hisab perhitungan amalan baik dan buruk menyebabkan orang Islam lebih tenang hidupnya. Jika di dunia ini tidak terzahir kebenaran itu pasti di hari kiamat akan terzahir jua.
Kalimat ini pun selari dengan apa yang dipetik daripada ayat Al-Quran: وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا (Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.) - Al-Isra': 81
Bagi penganut agama lain atau seorang ateis yang tidak percayakan kepada kebangkitan semula selepas kematian pun percaya kepada kalimat yang diucapkan itu. Sebab itu, Johhny Depp mengungkapkan perkataan itu yang menunjukkan beliau percaya kebenaran akan mengatasi kebatilan.
Bagi seorang peguam, beliau pasti percaya bahawa Mahkamah adalah proses yang terbaik untuk mengenal mana yang palsu dan mana yang benar. Ini kerana proses Mahkamah ini melibatkan ramai saksi dan keterangan plaintif dan defendan. Keterangan mereka ini boleh disoal balas dan semasa sesi soal balas itu hakim boleh menilai sama ada keterangan yang diberikan itu benar atau bercanggah dengan keterangan lisan atau dokumentar yang lain. Bukannya tidak ada kes pemalsuan keterangan saksi atau bukti. Tetapi hal sebegitu tidaklah begitu berleluasa. Dalam undang-undang keterangan Islam pun ada bab yang mengajar bagaimana untuk mengendalikan شهادة الزور (syahadatul zurr) atau kesaksian palsu. Undang-undang sivil pun ada bab 'perjury'.
Proses perbicaraan Johhny Depp dan Amber Heard ini barangkali memberikan perspektif baru kepada orang Malaysia. Adalah amat penting untuk Mahkamah ini dilihat bebas daripada sebarang pengaruh. Sebab itu, proses Mahkamah perlu terbuka. Keterbukaan Mahkamah di Amerika Syarikat yang menyiarkan setiap sesi ini secara langsung amat menakjubkan. Entah bila sistem seperti ini akan dibuat di Malaysia. Bayangkan jika kita dapat melihat secara live bagaimana Dato' Sri Najib Tun Razak atau Dato' Sri Zahid Hamidi memberikan keterangan di Mahkamah dan kemudiannya disoal balas oleh peguam. Pastinya ianya satu hal yang patut difikirkan. Begitu juga di Mahkamah Syariah sepatutnya mendahului Mahkamah Sivil dalam hal keterbukaan ini. Sekarang ini Mahkamah Sivil sudah membuat rekod video tetapi rekod video itu tidak boleh disebarkan sesuka hati. Mahkamah Syariah masih lagi bergantung kepada nota hakim. Penggunaan nota hakim ini lebih mudah untuk berlaku kecuaian semasa merekodkan keterangan berbanding dengan rekod video kerana nota hakim ini direkodkan oleh manusia. Bayangkan bagaimana hakim ingin menulis dan mendengar keterangan pada satu masa. Tambahan pula, saksi itu bercakap dalam keadaan cepat.
Hal ketelusan Mahkamah ini patut menjadi satu agenda bagi mana-mana parti politik yang bertanding. Tidak guna kalau sekadar membaca kitab fiqh sahaja atau berceramah berdegar-degar tetapi hal penting seperti ini tidak pernah difikirkan walaupun orang itu sudah mempunyai kuasa sebagai seorang menteri.
Kita boleh bayangkan kenapa masih ramai curiga dengan undang-undang hudud dan qisas kerana hal-hal seperti ini patut ditekankan. Kalau dinaikkan hukuman melalui RUU355 yang pernah dibuat usul persendirian pada tahun 2015 dahulu pun (sekarang ini sudah senyap sunyi walaupun sudah jadi Menteri dan Duta Khas selama 27 bulan) tetapi infrastruktur Mahkamah Syariah tidak ditambahbaik maka ianya hanya akan menjadi bahan lelucon sahaja.
Sebab itu, para agamawan tidak boleh sedap mulut aja menuduh orang menolak hudud dan qisas dan melabelkan orang yang tidak bersetuju itu sebagai menentang Islam kalau masalah yang sedia ada yang kecil dan titik bengik yang masih melingkari ekosistem Mahkamah Syariah pun masih gagal ditangani.
Kadang kala kita pun pelik kenapa hendak buat yang susah dahulu sedangkan yang senang dibuat pun masih lagi tidak mampu dibuat.
.........................................................................
AIRFAX, UNITED STATES: A US jury on Wednesday found Johnny Depp and Amber Heard defamed each other, but sided far more strongly with the "Pirates of the Caribbean" star following an intense libel trial involving bitterly contested allegations of sexual violence and domestic abuse.
AFP reported that Depp, who lost a libel case in London in 2020 against The Sun for calling him a "wife-beater," celebrated the split verdict as a victory and said the jury "gave me my life back."
The five-man, two-woman jury, after deliberating over three days, found that Heard had defamed Depp in an op-ed piece, and awarded him $10 million in compensatory damages and $5 million in punitive damages.
At the same time, the jury found that the 58-year-old Depp had made defamatory claims against the 36-year-old Heard and also awarded her compensatory damages -- but a much lower amount of $2 million, the AFP reported.
Read their full reactions to the verdict below. The statements were shared on Depp and Heard's official Instagram pages.
Johnny Depp's statement
"Six years ago, my life, the life of my children, the lives of those closest to me, and also, the lives of the people who for many, many years have supported and believed in me were forever changed.
All in the blink of an eye.
False, very serious and criminal allegations were levied at me via the media, which triggered an endless barrage of hateful content, although no charges were ever brought against me. It had already traveled around the world twice within a nanosecond and it had a seismic impact on my life and my career.
And six years later, the jury gave me my life back. I am truly humbled.
My decision to pursue this case, knowing very well the height of the legal hurdles that I would be facing and the inevitable, worldwide spectacle into my life, was only made after considerable thought.
From the very beginning, the goal of bringing this case was to reveal the truth, regardless of the outcome. Speaking the truth was something that I owed to my children and to all those who have remained steadfast in their support of me. I feel at peace knowing I have finally accomplished that.
I am, and have been, overwhelmed by the outpouring of love and the colossal support and kindness from around the world. I hope that my quest to have the truth be told will have helped others, men or women, who have found themselves in my situation, and that those supporting them never give up. I also hope that the position will now return to innocent until proven guilty, both within the courts and in the media.
I wish to acknowledge the noble work of the Judge, the jurors, the court staff and the Sheriffs who have sacrificed their own time to get to this point, and to my diligent and unwavering legal team who did an extraordinary job in helping me to share the truth.
The best is yet to come and a new chapter has finally begun.
Veritas numquam perit.
Truth never perishes."
.......................................................
Amber Heard's statement
"The disappointment I feel today is beyond words. I'm heartbroken that the mountain of evidence still was not enough to stand up to the disproportionate power, influence, and sway of my ex-husband.
I'm even more disappointed with what this verdict means for other women. It is a setback. It sets back the clock to a time when a woman who spoke up and spoke out could be publicly shamed and humiliated. It sets back the idea that violence against women is to be taken seriously.
I believe Johnny's attorneys succeeded in getting the jury to overlook the key issue of Freedom of Speech and ignore evidence that was so conclusive that we won in the UK.
I'm sad I lost this case. But I am sadder still that I seem to have lost a right I thought I had as an American -- to speak freely and openly."

Comments

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor