Skip to main content

KAPAL PERANG LCS, PAC DAN JKSTUPKK

 KAPAL PERANG LCS, PAC DAN JKSTUPKK

BAGI YANG INGIN TAHU LEBIH LANJUT MENGENAI LCS DAN PENING DENGAN POSTING FB PM-6 BOSSKUR, DISARANKAN UNTUK BACA PROSIDING PAC DENGAN JKSTUPKK (JAWATANKUASA SIASATAN TADBIR URUS PEROLEHAN KEWANGAN KERAJAAN) YANG DITUBUHKAN SEBAIK SAHAJA KERAJAAN PH MENGAMBIL ALIH KERAJAAN PADA MEI, 2018. BANYAK FAKTA TAK BETUL DAN MENIPU ATAU DI SPIN.
CUMA AGAK PELIK JUGA PM ISMAIL SABRI TELAH MEMUTUSKAN UNTUK TIDAK MELANTIK LAGI MANA MANA AHLI JAWATANKUASA SETELAH KONTRAK MEREKA TAMAT. APAKAH FINDING JKSTUPKK BANYAK IMPLICATE MENTERI SEKARANG SEHINGGA PANAS PUNGGUNG. JUSTERU KEDUDUKAN JKSTUPKK INI MASIH TERGANTUNG, WUJUDNYA SEPERTI TIADA KERANA TIADA APA APA SIASATAN LAGI DIBUAT.
JKSTUPKK BANYAK MEMBANTU KEMENTERIAN TERMASUK MEMBANTU PAC KHASNYA DALAM PROSES SIASATAN KECURANGAN PEROLEHAN KERAJAAN SEHINGGA MENYEBABKAN KERUGIAN BERBILION RINGGIT.
BERIKUT PETIKAN YANG BERKAITAN LCS INI:
Tuan Pengerusi: Boleh tak kami dapatkan bilakah SIGMA dicadangkan dan
dipersetujui dan siapakah Menteri? Keadaan yang sama untuk GOWIND.
Encik Guna Arulalan David: Ya. Pada 26 Mei 2011, kita dapati Yang Berhormat
Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi bersetuju dengan cadangan TLDM
untuk reka bentuk SIGMA dan Combat Management Systems yang berkaitan adalah
daripada Valence, Perancis. Akan tetapi pada tahun yang sama, iaitu pada 11 Julai
2011, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi bersetuju pula untuk
memilih reka bentuk GOWIND. Pada 26 September 2011, bersetuju untuk perubahan kepada Combat Management System daripada yang asalnya tactical ditukar kepada stealth. Jenis stealth dari Perancis juga atas syor syarikat BNS.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Permatang Pauh. Selepas itu Yang
Berhormat Lumut. Yang Berhormat Permatang Pauh, nanti Yang Berhormat Lumut.
Puan Nurul Izzah binti Anwar [Permatang Pauh]: Tuan Pengerusi, tadi kan
Mr. Guna jelaskan bila dia sebut pihak Menteri itu, bukanlah sesiapa dalam pejabat
Menteri tetapi Menteri sendirilah menyatakan persetujuan. Ini kerana semalam dalam
sesi yang bersama dengan Ketua Setiausaha, disebut kadangkala ada surat yang
disusuli oleh setiausaha, tetapi itu tidak dikira sebagai arahan kecuali datang daripada
Menteri. Jadi kalau ini jelas, senanglah. Terima kasih.
Encik Guna Arulalan David: Betul Yang Berhormat. Memang Menteri yang
membuat keputusan tersebut.
Tuan Pengerusi: Sila Yang Berhormat Lumut.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Encik Guna, cadangan perubahan
daripada tactical kepada stealth dipersetujui oleh Menteri, tetapi adakah TLDM
bersetuju?
Encik Guna Arulalan David: Sebenarnya TLDM tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, malahan kita juga dapati ada surat daripada Panglima Tentera Laut pada masa itu yang menyatakan dengan jelas, I quote, “tidak pernah berlaku pemilihan reka bentuk yang ditentukan oleh kontraktor utama dan bukannya oleh pihak pengguna”. Ini adalah ayat daripada surat yang dikemukakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar pada masa itu.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam]: Tuan Pengerusi,
saya nak tanya tentang prosedur pemilihan. Siapakah yang lebih berkuasa sama ada
Menteri ataupun pihak TLDM itu? Kalau ikut prosedur, mungkin keputusan haruslah
dibincangkan dalam satu mesyuarat, panel committee. Adakah itu menyalahi undangundang, peraturan - keputusan daripada Menteri itu sendiri?
Encik Guna Arulalan David: Okey. Yang Berhormat, I will try to answer. I don’t
have a definite answer on that, but biasanya dalam perolehan, keperluan ditentukan
oleh pihak pengguna dan dipersetujui oleh pengurusan atasan. Di sini kita dapati
pejabat Menteri ataupun Yang Berhormat Menteri telah pun membuat satu keputusan
yang sebenarnya tidak dipersetujui oleh pihak pengguna. So, itu yang kami cuba
highlight dalam laporan ini. Sama ada keputusan Yang Berhormat Menteri menyalahi peraturan, because Yang Berhormat Menteri is still the head of the ministry, if that is the
right decision at that point, then it is for them to justify Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi: Encik Guna, saya perhatikan daripada 26 Mei sampai 11 Julai,
ia tidak lebih daripada enam minggu pun. Apa yang berlaku di antara enam minggu ini
yang mendesak ataupun mendorong Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin
Hamidi untuk membuat persetujuan yang lain untuk GOWIND? So, in that period of six
weeks daripada siasatan daripada JKS, do you find anything happened in between or
not?
Encik Guna Arulalan David: Sebenarnya kita dapati cadangan itu dikemukakan oleh pihak syarikat. Apa alasan pihak syarikat kemukakan cadangan itu, we never got any details dalam siasatan kita Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi: Cadangan itu bila ya? Di antara enam minggu itu. Cadangan
daripada syarikat.
Encik Guna Arulalan David: Just gave us some time Yang Berhormat... BNS
kemukakan syor tersebut pada 8 Julai.
Tuan Pengerusi: Pada 8 Julai?
Encik Guna Arulalan David: If I may refer Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi: Kepada siapa dan bagaimana ia dikemukakan?
Encik Guna Arulalan David: If I may refer to the report Yang Berhormat, muka
surat 13...
Tuan Pengerusi: Full report?
Encik Guna Arulalan David: Ya. The full report, muka surat 13, para 2.24 dan para 2.25 yang mana para 2.24 menunjukkan keputusan asal iaitu untuk memilih reka bentuk kapal jenama SIGMA daripada Belanda dan 18 peralatan utama. Para 2.25 telah pun menukar pendirian untuk memilih reka bentuk GOWIND sebagaimana yang disyorkan oleh BNS dalam surat syarikat kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan pada 8 Julai 2011.

Comments

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor