Skip to main content

AUDIT FORENSIK KAPAL LCS

 AUDIT FORENSIK KAPAL LCS

Bilakah kali terakhir emosi kita terusik bila kita membaca novel? Mungkin bagi generasi baby boomers dahulu emosi mereka terusik bila baca novel Mill & Boon.
Hari ini bila kita baca Laporan Prosiding (Hansard) PAC bersama Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) dan Alliance IFA (M) Sdn Bhd kita rasa sedih, marah, geram dan rasa nak hempuk hempuk aja kepala kepala dajal yang merompak wang negara di siang hari (nampaknya bukan siang aja diorang rompak, malam pun rompak juga)
Bayangkan kalau kita sebagai ayah punya duit kemudian anak kita sakau berjoli sakan sana sini, beli lamborghini, beli penthouse, beli membership club lepas tu kita pula tak boleh halang anak kita sebab anak kita ada kebenaran yang kita berikan untuk sain cek dan kebenaran itu kita tak boleh tarik balik. Lepas itu kita pun tak nak tarik kebenaran itu sebab apa, jeng jeng jeng! mestilah bapak pun subahat sama kan. Kalau anak itu boleh supply call girl kat bapak buat apa bapak halang. Baik bapak dok diam diam dan enjoy sama sama.
Kata Prabhat Kumar (Allliance IFA), siasatan pun tak boleh buat secara menyeluruh sebab Boustead ada sain agreement yang mana sehingga audit BHIC pun tak boleh nak sentuh dengan syarikat joint venture. Ini yang saya kata, BHIC punya duit lepas tu orang lain belanja tapi BHIC tak boleh persoalkan. Kan ini kerja giler. Takkan yang jadi Chairman atau CEO syarikat bodoh pulak. Ini syarikat yang punya kontrak billion kot. Mestilah Chairman/CEO ini cerdik cerdik dan ada pengalaman korporat.
Barang kapal LCS ini dibeli majoritinya tahun 2012-2014. Semuanya oleh syarikat CAD (Contraves Advanced Devices Sdn Bhd) dan CED (Contraves Electrodynamics Sdn Bhd). Mungkin ramai tak faham kaitan syarikat ini. Senang citer syarikat ini dibuat untuk wujudkan pelbagai lapis supaya bila nak sakau duit orang payah nak cari. Penubuhan Contraves ini pula sangat tidak telus. Ia anak syarikat kepada Rheinmetall iaitu syarikat Perancis. Kerja depa kat Boustead Naval Shipyard pun forensik tak boleh identify. Ini lagi satu kerja giler. Engkau bagi job kat syarikat yang entah apa apa pastu syarikat itu boleh masuk shipyard buat apa yang depa suka.
Sebab apa mereka buat layer company ini. Ini dijelaskan dalam siasatan audit forensik,
"Dr Salihin Abang: .....So, until now, saya pun bertanya-tanya jugalah Yang Berhormat, kenapa kita ada another layer. For your information Yang Berhormat, bila kita check dalam dia punya invoices ataupun dia punya LOA itu Yang Berhormat, certain expenses were actually bloated sampai naik kepada three times of dia punya ini. That’s why I think kalau kita pergi direct kepada OEM sekarang ini the price itu sudah naik. I think, that is why I think, what we wanted to explain here Yang Berhormat, is a layer established for whatever reason yang kita tengok sekarang ini menyebabkan harga projek yang kita buat ini jadi tinggi. I think sekarang ini kalau kita tengok because of slowdown pada LCS punya projek sekarang ini, so, company will function seperti biasa, berjalan seperti biasa Yang Berhormat because of ada business yang lain. Akan tetapi, it is very – sangat perlahan sekarang inilah (m/s 9).
Satu hal lagi penyiasat forensik pun kata antara kerja giler yang depa buat ini, kontrak sain tahun 2014, design kapal tak finalise tapi barang dah order. purchase order dah keluar. Jadi kita tak faham macam mana Dato Mat Hasan boleh pertahankan kenyataan CEO LTAT sekarang ini yang kata barang LCS ini beli dalam bentuk bulk sebab untuk jimat kos. Bagi aku ini cakap politik yang terang terang bercanggah dengan fakta.
Kalau ikut citer ini, cara diorang sakau duit ini lebih gempak daripada 1MDB. Kalau buat filem mesti meletop lebih daripada filem Mat Kilau.
Ini cara diorang sakau duit negara:
"Tuan Prabhat Kumar: Okey. This is slide number 10. The structure of the LCS programme. The value of LOAs covered during the review of 2011 to 2014 was RM5 billion. During this period, we have observed that out of RM9 billion, RM5 billion where LOAs had already been issued ...
Ahli-ahli Yang Berhormat, I would like to tell you based on my 20 years of investigative experience. Whenever manipulation is required to be done in a given contract, variation order is the biggest culprit and that is what we have seen in this whole episode. Now, organisational structure, SOPs, procurement plan and budget for LCS programme all were done in such a manner that I can’t tell you. Later on, I will come back to you. So, out of this RM5 billion, progress payment approximately RM1.94 billion was made and majority of the sum was released much before a single dollar’s delivery at the site where the manufacturing or the construction was to take place.
Mobilisation; that’s right, it is mentioned here separately. Out of RM1.94 billion, mobilisation payment was RM1.02 billion. Mobilisation is paid at the beginning of the project and that money can be so high out of the total sum. It is beyond comprehension. (m/s 10).
Ada beberapa nama yang disebut berulang kali dalam Laporan Forensik ini, iaitu Tan Sri Dato' Seri Che Lodin bin Wok Kamaruddin, Laksamana Madya Tan Sri Dato Seri Ahmad Ramli bin Haji Mohd Nor (B) dan Anuar Murad. Korang pergi baca sendiri. Aku malas nak tulis panjang panjang nanti silap tulis depa saman fitnah pula. Cuba engkorang relate pula nama-nama ini dengan menteri-menteri waktu itu mesti akan jumpa link depa ni.
Semua laporan hansard ini ada dalam website PAC. Cari Laporan Prosiding (Hansard) Selasa, 8 Mac 2022 Bil. 1(j)/2020
Tuan Puan boleh cari kat bahagian Hansard DR.13/2022 - Perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua - Littoral Combatant Ship (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia.
Kat sini aku bagi link siap-siap untuk download


Comments

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor