Skip to main content

Posts

KEPUTUSAN KES NIK ELIN

Keputusan kes petisyen Nik Elin Zurina binti Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha binti Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan (Petisyen No. BKA-2-05/2022(D)) dijadualkan akan disampaikan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari 2024. Sememangnya setiap kes yang difailkan di Mahkamah akan mempunyai titik noktah akhir.  Keputusan kes Mahkamah ini adalah ibarat bermain pertandingan bola sepak. Mesti ada yang menang dan ada yang kalah. Ada kala sesuatu permainan itu akan berakhir dengan keputusan seri. Kesemua keputusan itu haruslah dihormati oleh semua pihak dan penonton. Pemain bola sepak pula terpaksa bekerja keras untuk menang pertandingan itu (kecuali kalau tidak dibayar gaji mestilah down teruk pemain itu). Pokoknya keputusan Mahkamah Persekutuan ini perlu dihormati dan dijadikan asas untuk bergerak ke hadapan. Ada pihak yang menyatakan bahawa keputusan kes ini dianggap sebagai ancaman kepada Syariah sehingga terpaksa untuk membuat perhimpunan yang dinamakan ‘H
Recent posts

PENGAMPUNAN NAJIB

  Beberapa tahun lepas mungkin dalam tahun 2017 beberapa banduan Al-Maunah telah meminta khidmat untuk membuat petisyen pengampunan bagi pihak mereka. Pada waktu itu, tiada apa-apa precedent (duluan) yang boleh dirujuk. Pada ketika ada juga percubaan untuk meminta bantuan daripada kawan-kawan yang banyak membuat kes jenayah namun mereka juga tiada pengalaman dalam membuat petisyen berkenaan. Malangnya tiada sesiapa di antara kenalan yang dapat memberikan bantuan.  Akhirnya dalam keadaan meraba-raba itu kita terpaksa membuat kajian dan penyelidikan sendiri mengenai undang-undang yang terpakai. Pastinya undang-undang yang utama adalah Perlembagaan Persekutuan sendiri iaitu Perkara 42.  Perkara 42 itu memberikan kuasa kepada YDPA dan Sultan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah mengikut di mana ianya dibicarakan. Jika kesalahan itu dibicarakan di Wilayah Persekutuan maka petisyen pengampunan itu akan dibuat kepada Y

MANIFESTO PH VS MANIFESTO PN

MANIFESTO PH Manifesto PH yang terdiri daripada 94 mukasurat terdiri daripada 10 keutamaan tawaran. Manifesto ini telah dilancarkan pada 2 November 2002. Kali ini manifesto PH tidak lagi dinamakan sebagai manifesto tetapi dinamakan sebagai Tawaran Harapan. Barangkali mungkin kerana tidak mahu lagi terpalit dengan kata-kata ‘manifesto sebagai bukan kitab suci’. Sebenarnya, Mahkamah sendiri pun pernah memutuskan bahawa manifesto bukanlah satu kontrak yang mana pihak-pihak akan terikat dengannya. Manifesto sebenarnya lebih tepat jika dianggap sebagai visi atau aspirasi parti yang bertanding. Manifesto PH meletakkan 3 matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, mewujudkan pentadbiran beramanah dan mempersiapkan negara untu menghadapi cabaran masa hadapan. Sememangnya, kita semua menghadapi masalah ekonomi yang serius khasnya pasca Covid-19. Ramai orang telah hilang pekerjaan dan perniagaan baharu sahaja untuk tumbuh dan pulih kembali.  Oleh itu, menjadi keutamaan untuk mana-mana kerajaan se

PEGUAM MALAYSIA

Pagi tadi ada kawan yang hantar gambar ini. Gambar ini dibuat oleh The Star berdasarkan statistik setakat 31 Ogos 2022 yang diperolehi daripada Majlis Peguam. Jumlah keseluruhan peguam yang beramal: 21,926 orang Peguam lelaki : 9,690 orang (44.2%) Peguam wanita: 12,236 orang (55.8%) ....................................................... Peguam Cina : 9,162 orang (41.8%) Peguam Melayu: 8,691 (39.6%) Peguam India: 3,274 (14.9%) Peguam Punjabi dll: 799 (3.6%) ..................................................... Kelulusan paling ramai adalah melalui CLP (7,216), diikuti oleh UIAM (3,811), UiTM (1,945), Universiti Malaya (1,778), Lincoln's Inn (1,488), MMU (1,424), UKM (1,152). .................................................... Komentar: Melalui statistik ini kita dapati ramai wanita memilih untuk menjadi peguam berbanding dengan pihak lelaki. Faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan ini mungkin disebabkan ramai pelajar wanita berbanding lelaki yang menuntut di universiti. Kemungk

MELIBERALKAN OBJEKTIF HUKUMAN MAHKAMAH

Mengikut buku undang-undang yang dipelajari oleh mahasiswa yang mengambil subjek Undang-Undang Prosedur Jenayah pastinya akan berjumpa dengan bab tujuan sesuatu hukuman jenayah dikenakan. Pelajaran ini biasanya akan dipelajari dalam subjek “Criminal Procedure’ dan ianya sangat penting kerana sesetengah mahasiswa ini akan menjawat jawatan majistret apabila mereka tamat belajar undang-undang. Tugas majistret adalah untuk mendengar kes. Kedudukannya sama seperti hakim. Dalam sistem perundangan Malaysia majistret akan menjadi hakim di Mahkamah Majistret. Bagi Mahkamah Sesyen orang itu dipanggil sebagai Hakim Sesyen. Begitu juga di Mahkamah Tinggi mereka juga dipanggil sebagai hakim. Apa yang membezakan hanyalah panggilan di pangkal nama iaitu majistret akan dipanggil Tuan Majistret dan hakim sesyen akan dipanggil Tuan Hakim. Apabila di Mahkamah Tinggi akan dipanggil Yang Arif Hakim atau Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman. Pangkat Yang Amat Arif pula akan diberikan kepada Hakim Besar, Presiden

LOH, MAZA & RAMASAMY: POLEMIK KEISLAMAN 3 KANAK-KANAK

  *LOH, MAZA & RAMASAMY: POLEMIK KEISLAMAN 3 KANAK-KANAK* Begitu hangat dibicarakan mengenai polemik keislaman 3 kanak-kanak. 3 kanak-kanak itu adalah lahir daripada perkahwinan pasangan bukan Islam. Selepas berlaku pergaduhan rumah tangga, ibu bapa ini telah berpisah dan kemudiannya 3 anak mereka telah dibawa oleh bapa mereka. Selanjutnya, bapa mereka telah memeluk Islam dan anak-anak mereka telah turut memeluk Islam. Bapanya kini dikhabarkan berada di dalam penjara dan seterusnya ibu kanak-kanak itu, Loh Siew Hong telah memfailkan kes bagi menuntut hak jagaan bagi kanak-kanak berkenaan. Pada asalnya isu ini hanya berkisar mengenai hak jagaan kanak-kanak ini. Namun, isu ini menjadi polemik baharu apabila dikatakan kanak-kanak itu telah memeluk agama Islam dengan persetujuan bapa mereka tetapi tanpa persetujuan ibu mereka. Pada masa yang material itu, Mufti Perlis, Dr MAZA menegaskan bahawa keislaman kanak-kanak itu adalah sah menurut Enakmen berkaitan agama Islam di Perlis. Selepa