Skip to main content

SUGARBOOK REVISIT

 SUGARBOOK REVISIT

Kebetulan tadi semasa google berkaitan polisi Jakim keluar pula link berkaitan sugarbook. Asbabnya kerana sewaktu Dato Seri Dr Mujahid bawa Gagasan Negara Rahmah ada ahli parlimen yang mengecam dasar Rahmatan Lil Alamin yang kononnya membiarkan platform dating Sugarbook.
Kita boleh revisit kembali isu sugarbook ini sama ada yang bangkitkan isu itu adalah ikhlas benar-benar ingin memeranginya atau sekadar untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada Dato Seri Dr Mujahid pada ketika itu.
Nampaknya, pelanggan Sugarbook pada tahun 2022 bertambah berganda-ganda. Mungkin pengikut-pengikut Menteri Agama sekarang boleh menghantar memorandum khas kepada pejabat beliau pada hari ini untuk membuat bantahan sebagaimana mereka menempelak Dato' Seri Dr Mujahid pada suatu ketika dahulu.
Statistik setakat Februari 2021 - 220,000 sugar babies, 180,000 sugar daddies and 6,000 sugar mummies.
Tuan Puan boleh lihat laporan Focus Malaysia pada 11/3/2022 yang menyatakan,
"In fact, Malaysia has been acclaimed to be one of the largest membership bases for dating site Sugarbook* which is touted as Asia’s largest sugar daddy dating platform with over three million members worldwide.
Founded in 2017 and boasting a catchy tagline – “Where Romance Meets Finance: Build and Negotiate Your Terms of Relationships” – Sugarbook even outlined four criteria for Malaysian men to become sugar daddies:
......................................
Statistics by Sugarbook reveal that it has over 400,000 active members consisting of 220,000 sugar babies, 180,000 sugar daddies and 6,000 sugar mummies in Malaysia as of February 10 last year.
Notwithstanding this, the world’s largest sugar dating site, SeekingArrangement, has recorded 42,500 sugar daddies in just Malaysia alone during the same period.
The number places Malaysia in the top three list for the highest number of sugar daddies in Asia after India (338,000) and Indonesia (60,250). SeekingArrangement has also revealed that Asia is basically “a hotbed for sugar dating, especially among the urban demographics.”

Boleh klik link ini untuk melihat laporan Focus Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk mem...

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m...