Skip to main content

PUNCA KELEWATAN KAPAL LCS

 PUNCA KELEWATAN KAPAL LCS

PM-6 kata kelewatan pembinaan Kapal LCS pertama adalah kerana kerajaan PH telah buat stop work. Ini spin jurus pendekar silat kura-kura tahap tertinggi agaknya.
Kalau kita rajin buka Laporan PAC boleh kita dapat sendiri fakta kenapa kapal tak siap. Boleh rujuk m/s 67-68 Laporan PAC. Boleh klik link ini

Puncanya: 164 OEM (Original Equipment Manufacturer) yang telah stop kerja. Sub-konktraktor pun stop kerja juga. Sebabnya, mereka tak dibayar. Kalau tak dibayar mestilah stop kerja. buat apa buat kerja free.
Abis tu, yang duit kerajaan dah bayar 6000 juta @ 6 bilion itu engkau pergi simpan kat mana. Hah! Yang ni kenapa PM-6 tak nak jawab.
Malah, kalau ikut apa yang Laksamana Pertama Shaiful Bahri bin Baharuddin (TLDM) bagitau almost all vendors telah stop work. Jadi, kat mana pula PM-6 boleh kata PH yang stop kerja kalau vendors tu sendiri stop kerja.
.......................................................
Pengesahan oleh KSU Mindef, “Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz dan Laksamana Pertama Shaiful Bahri bin Baharuddin:
Faktor utama kelewatan, punca kelewatan itu, yang pertama, adalah berkaitan perolehan peralatan, procurement. Gagal muktamadkan sebelum 16 Oktober. Lewat enam bulan. Perolehan peralatan tidak mengikut perancangan asal dan sebagainya.
Detail design, ya Yang Berhormat pun sering kali bercakap tadi. One of the factors juga yang menyumbang kepada kelewatan ini yang dimaklumkan oleh siapa kata tadi, snowball tadi.
Laksamana pun cakap tadi. Of course, bila sudah detailed design, ia akan mengganggu aktiviti aktiviti selanjutnya untuk kita menyiapkan kapal tersebut.
Yang ketiga, pembinaan construction terjejas kesan daripada
kelewatan procurement, detailed design dan production drawing
dan steel kits delivery, kelewatan kemajuan 40 bulan dan OEM
yang tidak dibayar lebih kurang 164 OEM vendor sub guarantor
dan kebanyakan mereka pun sudah stop. Ia tidak dapat membekalkan barang tersebut dan juga contributes to the delay
in preparing, finalizing the detailed design, Yang Berhormat.
Itulah some of it.
Tuan Pengerusi: Kejap ya. Dato’ Seri, stop work jumlah dia 164?
Seorang Ahli: Ya.
Tuan Pengerusi: Ramai, ya? Sebab dalam laporan JKS tapi ini disediakan lebih awal. Dia kata tujuh OEM stop work sahaja. Akan tetapi, sekarang sudah sampai 164?
Tuan Pengerusi: Kejap ya. Dato’ Seri, stop work jumlah dia 164?
Seorang Ahli: Ya.
Tuan Pengerusi: Ramai, ya? Sebab dalam laporan JKS tapi ini disediakan lebih awal. Dia kata tujuh OEM stop work sahaja. Akan tetapi, sekarang sudah sampai 164?
Laksamana Pertama Shaiful Bahri bin Baharuddin: Yang Berhormat Tuan Pengerusi, 164 OEM vendors ini, maklumat yang kita baru terima daripada Boustead. Maklumat yang terkini. Basically, almost all. Sekarang ini memang OEM none of the OEM yang still working. Sama juga dengan sub kontraktor.
Maknanya kita tidak ada progress – kita terlalu perlahan sekarang ini. Apa yang Boustead buat kerja-kerja yang Boustead buat sekarang ini adalah lebih kepada embarkation of equipment.
Maknanya, equipment yang telah dibekalkan yang telah sedia ada di stor dibawa masuk ke dalam kapal. Itu is within BNS punya so-called – tidak melibatkan OEM. It is under pekerja Boustead punya bidang tugas.”
[Muka surat 39 – 40, Laporan Prosiding Bil. 1(d)/2020 bertarikh 16
Disember 2020]

Comments

Popular posts from this blog

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk mem...

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m...