Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Ke Mana Arah RUU 355

Perkembangan mutakhir RUU 355 ini nampaknya semakin giat diperkatakan. Saya menerima klip video dan poster yang berkempen supaya semua orang menyokong Ahli Parlimen Marang semasa pembentangan RUU 355 pada bulan Oktober ini. Saya juga ambil maklum bahawa penyokong Ahli Parlimen Marang telah menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai para ustaz untuk tujuan memberikan kuliah berkaitan RUU 355 di masjid, surau atau di dewan kuliah. Terdapat juga jawatankuasa yang ditugaskan untuk berjumpa dengan NGO bagi mengadakan ‘engagement’ untuk tujuan menyokong RUU 355. Saya terlihat di FB saya sekumpulan warga guru di Pulau Pinang yang membuat ikrar beramai-ramai untuk menyokong RUU 355 ini. Ada juga seruan daripada aktivits Felda yang membuat gesaan supaya kesemua warga Felda membuat desakan kepada ahli parlimen masing-masing untuk menyokong RUU 355 Ahli Parlimen Marang. Beberapa himpunan juga diadakan untuk menzahirkan sokongan kepada RUU 355. Di puncak klimaks itu, saya terbaca Nota Kesal Terhad

Pengurusan Kewangan - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 13

     Baru-baru ini  dilaporkan bahawa mereka yang berpendapatan RM5000 sebulan dan tinggal di kota adalah dalam keadaan cukup-cukup makan. Bagi sesetengah orang, jumlah tersebut sudah dianggap sebagai jumlah yang besar. Laporan itu menyatakan bahawa lelaki berkenaan mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Seorang anak sudah bersekolah berumur 11 tahun dan seorang lagi masih kecil berumur setahun. Lanjutan daripada laporan tersebut, beberapa radio di ibu kota telah mendapatkan pandangan beberapa pendengar dan para penyelidik. Seorang penyelidik menyatakan dalam temu bual radio itu bahawa jumlah pendapatan yang agak selesa sedikit jika tinggal di ibu kota ini adalah sebanyak RM8000 sebulan.     Bagi seorang peguam, gaji yang diperolehi pada masa mula-mula menjadi peguam tidak akan mencapai jumlah RM5000 sebulan. Gaji RM5000 sebulan itu mungkin akan dicapai jika sudah bekerja 3-6 tahun. Gaji permulaan seorang peguam di ibu kota ini mungkin sekitar RM2500 - RM3500 sebulan. Malah