Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

Kerahsiaan Undi Rakyat Malaysia.

1. Undi anda adalah rahsia. Tiada siapa dapat meneka siapakah yang anda undi kecuali anda sendiri menceritakannya. 2. Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sebut sesiapa yang ada dalam bilik mengundi mesti angkat sumpah kerahsiaan tak kira pegawai, kerani, calon, wakil calon atau petugas bilik mengundi. Borang A itu akan jadi jaminan undi anda rahsia. 3. Waktu kertas undi diberikan, kerani SPR hanya akan potong nama pengundi sahaja dan TIDAK BOLEH buat apa-apa catatan untuk mengenal pasti pengundi itu diberikan kertas undi yang mana (Rujuk Peraturan 19(5) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981). 4. Selepas mendapat kertas undi, pengundi perlu pergi ke kotak tempat mengundi dan menanda undi secara RAHSIA (Rujuk Peraturan 19(7) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981). 5. Selepas kertas undi ditandakan, pengundi perlu melipat kertas undi untuk MERAHSIAKAN undinya dan memasukkan ke dalam peti undi (Rujuk Peraturan 19(8) Peraturan-Perat