Beberapa laporan akhbar pada 31/5/2012 menyiarkan berita bahawa Timbalan Pengerusi SPR, Dato Wan Ahmad Wan Omar menyatakan bahawa gambar karikatur tidak dibenarkan sepanjang tempoh kempen PRU 13 nanti. Berita itu boleh lihat di sini dan di sini . Dalam respon segera oleh kartunis terkenal, Zunar di sini beliau mengatakan bahawa beliau akan terus berkempen menggunakan karikatur. Pertamanya, agak tidak tepat laporan Utusan dan Bernama itu kerana semakan saya mendapati tidak wujud Akta Pilihan Raya 1994. Yang ada adalah Akta Pilihan Raya 1958. Tetapi kandungan seksyen 4(a) itu tidak menjurus kepada maksud pengharaman itu. Saya fikir mungkin wartawan tersalah dengar atau tersalah catat. Yang sebenarnya mungkin seksyen yang menjadi taruhan Timbalan Pengerusi SPR adalah seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Seksyen tersebut menyatakan: Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan 4A. (1) Mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan r
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.