Skip to main content

Waran tangkap, satu instrumen penting dalam perlaksanaan perintah

Waran tangkap dalam kes sivil atau kes mal jarang digunakan oleh pihak-pihak yang menuntut. Mungkin tidak ramai yang tahu prosedur bagi memohon suatu waran tangkap daripada pihak hakim. 10 tahun dahulu sewaktu saya mula beramal di Mahkamah Syariah, saya pun tidak tahu bagaimanakah cara untuk memohon waran tangkap ini. Saya hanya tahu selepas seorang klien bertanyakan saya, adakah beliau boleh memohon waran tangkap untuk memastikan kehadiran bekas suaminya ke mahkamah. Setelah menyemak peruntukan undang-undang, baru saya tahu rupanya selepas sesuatu serahan saman disempurnakan ke atas pihak defendan atau responden, pihak plaintif atau pemohon boleh memohon daripada hakim bagi mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Tujuan waran ini dikeluarkan adalah untuk memastikan kehadiran defendan atau responden. Sesetengah defendan atau responden amat degil untuk hadir ke mahkamah. Dalam sesetengah kes, kadang kala ada baiknya jika defendan tidak hadir seperti contohnya permohonan perceraian secara fasakh, suatu perbicaraan akan lebih berjalan dengan sempurna tanpa kehadiran defendan. Dan mahkamah berkuasa untuk memutuskan permohonan fasakh itu tanpa kehadiran daripada pihak suami berdasarkan keterangan dan saksi yang dibawa oleh plaintif.

Namun, ada kes yang memerlukan kepada kehadiran suami seperti permohonan untuk mengkomitkan bekas suami ke penjara akibat kegagalan untuk membayar nafkah anak atau lain-lain tuntutan. Atau mungkin juga kes seperti kes saman penghutang penghakiman, kes seperti ini tidak dapat diteruskan tanpa kehadiran daripada penghutang penghakiman.

Seksyen 51 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 menyatakan:

Mahkamah boleh, dalam mana-mana hal yang Mahkamah berkuasa mengeluarkan saman bagi kehadiran mana-mana orang, setelah merekodkan alasannya, mengeluarkan waran untuk menangkapnya-
    (a) jika, sama ada sebelum atau selepas saman dikeluarkan tetapi sebelum masa yang ditetapkan bagi kehadirannya, Mahkamah berpendapat ada alasan untuk mempercayai bahawa dia telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi saman itu; atau

    (b) jika pada masa itu dia tidak hadir dan saman itu dibuktikan telah disampaikan dengan sempurna dalam masa yang mencukupi bagi memastikan kehadirannya mengikut saman itu dan tiada alasan yang munasabah diberikan bagi ketidakhadiran itu.

Oleh itu, para isteri yang membuat tuntutan ke atas suami atau bekas suami perlu bijak menggunakan undang-undang bagi memastikan supaya keadilan dapat dituntut. Jarang sekali Hakim akan mengeluarkan waran tangkap ke atas pihak yang satu lagi tanpa ada permohonan daripada pihak plaintif. Mahkamah biasanya akan mengeluarkan surat peringatan sahaja. Hanya jika dipohon secara khusus barulah mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap ke atas pihak tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk mem...

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m...