Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

The Art of Cross Examination - Bagaimana Mahu Mengenali Saksi Pembohong

Big Or Small: Lies Are Lies           Setelah mengendalikan puluhan jenis perbicaraan dan telah berpengalaman menyoal balas saksi-saksi, saya dapat mengenal pasti beberapa tingkah laku saksi berbohong di Mahkamah. Ingatlah! Sebelum seseorang saksi itu memberikan keterangan, beliau dikehendaki mengangkat sumpah bahawa beliau akan bercakap benar dan tidak akan sesekali bercakap perkara yang tidak benar.           Pada hari ini (31/12/2014) hari penutup tahun 2014, saya ditakdirkan bertemu dengan saksi yang pada penilaian saya beliau telah berbohong semasa memberikan keterangan. Lazimnya, saksi pembohong ini berpewatakan seperti orang alim, bertutur dengan lemah lembut, ada ketika saksi begini akan berpakaian seperti orang warak dengan bertudung litup, berketayap, berjubah atau mungkin memakai baju kot, berkasut hitam berkilat atau memakai pakaian yang bergosok, terurus penampilannya dan rambut bersikat rapi. Ada juga penjawat awam yang beruniform dan berpangkat besar tetapi berbo