Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Menangani Klien - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 4

Klien atau kelayan adalah manusia terpenting dalam profesion guaman. Perkataan 'klien' ini saya tidak menjumpainya dalam laman portal pusat persuratan Melayu - DBP. Namun, dalam istilah perundangan, istilah klien ini telah digunakan secara meluas. Tanpa klien ibaratnya seperti doktor tanpa pesakit. Tanpa klien, sebuah firma guaman akan 'bungkus' atau 'tutup kedai'. Sepanjang beramal sebagai peguam semenjak tahun 2000, saya telah berjumpa dengan ratusan klien. Sepanjang tempoh itu saya menemui pelbagai karenah klien. Kata teman saya, Almarhum Engku Mohd Azri [semoga Allah terus mengampuni dosa-dosanya dan merahmati rohnya], belajar sains kemanusiaan adalah tidak sukar, yang sukarnya adalah menangani karenah manusia kerana setiap manusia mempunyai karenahnya tersendiri. Karenah seorang manusia tidak sama dengan seorang yang lain. Jika seseorang itu bekerja di sektor yang melibatkan manusia seperti peguam, doktor dan pakar motivasi maka kesulitan itu pasti dialam

Mencipta Peluang - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 3

Sewaktu mula menjadi peguam dahulu, saya hanya berfikir untuk menjadi peguam yang terbaik. Seperti mana yang ditulis sebelum ini, peguam-peguam senior menjadi sumber inspirasi saya untuk memajukan diri. Bila membaca suratkhabar mengenai kejayaan peguam senior seperti mendiang Karpal Singh, langsung terdetik dalam hati betapa hebat beliau beraksi di hadapan hakim sehingga membolehkan kliennya dilepaskan. Namun, sebenarnya imaginasi itu hanya boleh menjadi kenyataan sekiranya kita mencipta peluang. Ada peguam yang berjaya mengumpul harta itu kerana beliau adalah seorang bertuah dilahirkan dalam famili yang sudah berjaya. Tambahan lagi, jika ada ahli familinya yang telah menjadi peguam dan mempunyai senarai klien yang panjang. Tetapi, kebanyakan orang sifatnya tidak begitu. Kebanyakannya lahir ke dunia ini tanpa mempunyai apa-apa harta atau tulang belakang (back up) yang kuat daripada ahli keluarga. Maka jika kita bersifat seperti kapal layar yang tiada nakhoda maka kita akan dihanyut

Nilai sebuah Surat Akuan Berkanun / Statutory Declaration (SD)

 1.        Surat Akuan Berkanun atau Statutory Declaration atau lebih dimaklumi dengan nama SD adalah dikawal selia di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 (Akta 13). Ada juga orang memanggilnya dengan nama Surat Sumpah atau Surat Akuan Bersumpah. Apakah nilai sebuah surat akuan  atau SD ini. Bolehkah ianya dijadikan bukti? Bolehkah ianya dijadikan asas untuk memulakan siasatan? Apakah hukuman yang dikenakan jika surat akuan itu mengemukakan fakta yang tidak tepat? 2.       Surat akuan lazim digunakan dalam proses perundangan. Banyak pejabat kerajaan menggunakan surat akuan dalam memproses permohonan tertentu daripada orang ramai. Antaranya seperti permohonan untuk memasukkan kaveat mesti dilampirkan dengan surat akuan pengkaveat yang menyatakan bahawa beliau mempunyai kepentingan yang boleh dikaveatkan di atas tanah tersebut. Pejabat Tanah juga menggunakan kaedah surat akuan dan laporan polis dalam memproses permohonan untuk mendapatkan geran hilang. Amanah Raya Berhad, misalnya mengguna