Pernahkah kita mengalami situasi yang mana saksi tersebut memberikan keterangan yang tidak seperti diharapkan oleh kita? Sewaktu mengendalikan kes baru-baru ini, klien saya (iaitu pihak yang menuntut) ada membuat dakwaan bahawa beliau telah dilayan secara tidak saksama dan terdapat unsur-unsur diskriminasi layanan terhadap beliau di tempat kerja. Klien saya telah menyebut nama seorang rakan sekerjanya yang telah mendapat layanan yang sama. Saya namakan rakannya itu sebagai "Hj Z' [bukan nama sebenar]. Hj Z itu dikatakan telah tidak mendapat bonus dan rekomendasi untuk kenaikan pangkat oleh bosnya disebabkan kelantangannya berbeza pendapat dengan bosnya. Setelah nama Hj Z disebut, pada tarikh perbicaraan yang berikutnya pihak responden telah memanggil Hj Z itu untuk memberikan keterangan bagi menyanggah dakwaan klien saya. 2 hari sebelum perbicaraan, klien saya telah memberitahu saya bahawa Hj Z ada berkomunikasi dengan beliau dan Hj Z berjanji untuk menyatakan perkara s
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.