Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Rukun talak dan pensabitan talak

1.       Dalam Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji Jilid 4 (2002) hlm. 691-694 menyatakan bahawa syarat sah talak ada tiga iaitu: a.       Akadnikah telah sabit berlaku. b.      Waras serta sempurna akal. Talak kanak-kanak, orang gila dan orang yang tidur adalah tidak sah. c.       Mempunyai kuasa memilih yang sempurna dan mencukupi. Talak yang dibuat secara paksa adalah tidak sah. Paksaaan itu mestilah paksaan yang berlaku secara tidak syarie atau disertai ugutan yang ditujukan terus kepada suami seperti ugutan yang menyebabkan suami terdedah kepada mudarat yang besar seperti dibunuh, dipotong anggota atau dipukul dengan pukulan yang menyakitkan. 2.       Di dalam kes Hasanah binti Abdullah lwn Ali bin Muda Jurnal Hukum Disember 1999 Jld XIII Bhg II , di hlm 161, Yang Arif Hakim telah memetik kitab I’anat al-Talibin, Jilid 4 yang menyatakan bahawa rukun talaq ada lima iaitu, suami, lafaz yang digunakan, diqasadkan talaq, kepada siapa talaq itu ditujukan ataupun isteri, dan talaq i

Isu baiah talak 3: Adakah lafaz talak 3 jatuh 1 talak

Terdapat beberapa pandangan dalam isu samada lafaz talak 3 jatuh 1 talak sahaja. Saya salinkan semula hujahan yang pernah saya kemukakan di Mahkamah untuk manfaat semua. 1.       Dr Wahbah Al-Zuhaily dalam kitab Fiqh dan Perundangan Islam Jilid VII, DBP, (2001) ms 526-528 telah dengan panjang lebar menghuraikan persoalan ini. 2.       Antara intipati tulisannya menyatakan: a.       Pendapat jumhur dari imam mazhab yang empat dan al-Zahiriyah: jatuh ketiga-tiga talaq. b.      Pendapat Shi’ah Imamiyah: menceraikan isteri dengan tiga talaq sekali gus tidak jatuh talaqnya. c.   Pendapat Shi’ah Zaidiyah: setengah ulama Zahiriyah dan Ibn Ishak, Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim: jatuh satu talaq sahaja dan lafaz tidak memberi kesan. Undang-undang Mesir dan Syria telah mengambil pendapat ini. Kemudiannya, Lujnah Fatwa yang bersidang di Riyad mengubah daripada berpegang dengan pendapat ini dan memilih dengan majoriti pendapat yang mengatakan jatuh tiga talaq dengan lafaz tiga