Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Kesilapan Lazim Dalam Prosiding Tuntutan Mutaah

Dalam tulisan terdahulu saya telah jelaskan maksud  mutaah  dan cara  pengiraan kadar mutaah . Tulisan ini bercadang untuk menjelaskan kesilapan yang lazim berlaku dalam tuntutan mutaah. Ini kerana menurut pemerhatian saya kesilapan ini bukan sahaja dibuat oleh orang awam tetapi juga oleh peguam syarie. Saya sendiri tidak terkecuali daripada membuat kesilapan ini dahulu. Tetapi, setelah mengendalikan beberapa kes berkaitan mutaah maka pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Saya melihat wujud kesilapan yang dibuat sewaktu dalam penyediaan Pernyataan Tuntutan. Dalam kes berkaitan mutaah, si isteri hendaklah menfailkan saman dan pernyataan tuntutan. Pernyataan Tuntutan adalah sebahagian daripada pliding yang mana akan menjadi panduan kepada hakim dan pihak-pihak yang bertikai sewaktu perbicaraan kelak. Sesuatu yang tidak ditulis di dalam pliding tidak boleh dibangkitkan atau dibicarakan sewaktu perbicaraan. Bukti dan keterangan yang boleh dikemukakan hanya yang ada dalam ru

Amalan Perjanjian Pra-Perkahwinan (Pre-Nuptial Agreement) di Malaysia

Perjanjian Pra-Perkahwinan atau lebih dikenali sebagai Pre-Nuptial Agreement adalah sangat popular di negara Barat dan kini trend untuk membuat perjanjian sebegini semakin berkembang di Malaysia. Perjanjian sebegini lazimnya akan menyatakan hak dan tanggungjawab antara pasangan suami dan isteri contohnya jumlah nafkah yang dibayar kepada isteri serta hak-hak yang akan diperolehi jika berlaku perceraian. Perjanjian sebegini sangat popular di Barat kerana suatu perceraian yang berlaku di sana boleh menyebabkan pasangan 'botak' kepala kerana terpaksa membahagikan alimoni perceraian dan harta kepada pasangannya. Lazimnya, di sana pembahagian akan dibuat secara sama rata selepas perceraian jika tiada dibuat perjanjian pra-perkahwinan ini. Di Malaysia barangkali perjanjian sebegini popular di kalangan masyarakat bukan Islam. Ini kerana di Malaysia, suatu perjanjian adalah kontrak dan suatu kontrak adalah dikawal selia oleh Akta Kontrak 1950. Secara teknikalnya, perjanjian pra-perka

KEWAJARAN BERPOLIGAMI: SATU ASPEK PANDANGAN UNDANG-UNDANG DAN HUKUM SYARAK

HUJAH PENGGULUNGAN PLAINTIF Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. KETERANGAN DAN FAKTA KES Pihak-Pihak 1.       Kes ini merupakan tuntutan Plaintif xxx (No.K/P: xxx) terhadap Defendan yyy (No. K/P: xxx). Plaintif adalah suami kepada Defendan. Manakala Defendan adalah isteri kepada Plaintif. Jenis Tuntutan 2.       Kes ini didaftarkan sendiri oleh Plaintif, dimulai dengan saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 06/10/2009. Tuntutan Plaintif ialah untuk memohon kebenaran berkahwin secara poligami (untuk isteri kedua) di bawah seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Ini adalah kali pertama Plaintif memohon kebenaran berpoligami. Sebelum ini Plaintif tidak pernah membuat permohonan yang sama di mana-mana Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa. Kehadiran dan Perwakilan 3.       Dalam tuntutan ini, Plaintif telah hadir dengan diwakili oleh Peguam Syarienya Tuan Juraish Bin Kamaruddin, dari Tetuan Jurai