Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Membuka firma atau berkerja dengan orang lain - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 6

Saya percaya ramai peguam muda yang dalam dilema samada ingin membuka firma sendiri atau berkerja dengan orang lain. Sewaktu mula-mula menjadi peguam kira-kira 15 tahun lepas saya mendapati ramai kawan-kawan saya yang bercita-cita besar untuk membuka firma guaman sendiri kerana membuka firma guaman adalah sinonim dengan pendapatan besar. Ada rakan peguam yang memilih untuk tidak membuka firma guaman sendiri tetapi memilih untuk berkerja dengan firma guaman lain samada firma yang berskala besar atau berskala kecil. Rata-rata saya dapati yang membuka firma sendiri mahupun yang berkerja dengan orang lain tidak mempunyai perancangan strategik. Maksud saya perancangan strategik itu adalah perancangan yang dapat membantu untuk mengembangkan kerjaya beliau. Ramai peguam muda yang menjadi seperti kapas yang ditiup angin. Jika angin menerbangkan kapas itu jatuh ke atas sofa empuk maka ianya akan berada di atas sofa empuk. Tetapi jika kapas itu ditiup ke dalam tong sampah maka ianya akan men

Murtad dan Kebebasan Beragama di Malaysia: Sorotan Pendapat Prof. Ahmad Ibrahim

Sewaktu mentelaah kes dalam Jurnal Hukum, saya terbaca tulisan Almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim, 'Penyelesaian Masalah Murtad Dalam Ruang Lingkup Undang-Undang Malaysia Yang Ada' [Jurnal Hukum Jld XII Bhg 1, Rabiul Awal 1419/Jun 1998, hlm vii-xxxvii]. Saya tidak bercadang untuk menyalin satu persatu tulisan itu tetapi hanya mengutip beberapa perenggan yang penting iaitu: "Murtad adalah merupakan dosa besar dan mengikut jumhur Ulama' ia bukan sahaja dibalas dengan hukuman pedih di akhirat akan tetapi boleh dihukum sebagai jenayah mengikut al-Quran dan al-Sunnah. Ini biasanya dipandukan kepada ayat al-Quran yang ....(rujuk surah al-Baqarah 2: 217). Hadis yang biasa dirujuk di dalam perkara ini ialah bermaksud: 'Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia' ..... Sungguh pun hadis itu menyebut pertukaran agama secara am, telah sepakat majoriti ulama Islam bahawa seorang bukan Islam yang menukar agama kepada suatu agama lain tidak dihukum, akan