Antara kelebihan menjadi peguam adalah luasnya pergaulan. Kelebihan itu boleh menjadi positif dan boleh juga menjadi negatif bergantung kepada peel perangai kita sendiri. Menjadi peguam ini akan melebarkan pergaulan kerana klien yang dihadapi itu adalah daripada pelbagai status, kaum bangsa, nasab keturunan dan jantina. Namun ini bukanlah tema untuk tulisan ini. Apa yang saya ingin kongsikan adalah berkaitan pergaulan peguam dengan teman satu industri, maksudnya pergaulan kita dengan peguam yang lain. Saya dapati ada peguam yang suka bergaul dengan rakan-rakan peguam yang lain dan ada yang suka menyembunyikan diri daripada peguam yang lain. Peguam yang suka menyembunyikan diri daripada peguam yang lain lazimnya adalah peguam yang pergi Mahkamah dan terus tergesa-gesa balik ke pejabat setelah selesai urusan Mahkamah. Peguam ini lupa tabiat wajib peguam yang pergi Mahkamah ini biasanya akan lepak bersama kawan-kawan di kafeteria Mahkamah setelah selesai urusan. Kafeteria seolah-olah
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.