Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Amanah - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 11

Meskipun perkataan 'Amanah' ini agak sensitif dalam cuaca politik tanahair, namun, sikap amanah seorang peguam amat dihargai oleh klien.  Sebenarnya, bersifat amanah adalah salah satu etika penting dalam dunia kepeguaman. Ada dua jenis sifat amanah yang diperlukan dalam dunia kepeguaman ini. Pertamanya, bersabit dengan amanah sebagai stakeholder (pemegang taruh). Beberapa hari lepas, akhbar melaporkan  seorang peguam yang telah beramal selama 24 tahun telah dituduh pecah amanah wang sebanyak RM9.05 juta . Wang tersebut dikhabarkan sebagai wang deposit untuk pembelian sekeping tanah di Kuala Lumpur yang telah didepositkan ke dalam akaun firma guaman tetapi apabila transaksi itu tidak diteruskan, wang itu juga hilang entah ke mana. Sebelum itu, saya juga ada membaca berita mengenai sebuah agensi kerajaaan iaitu RISDA telah membuat aduan polis bahawa mereka telah ditipu oleh sebuah firma undang-undang kerana firma tersebut gagal untuk mengembalikan wang deposit pembelian hartana

Belajar secara bersistem - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 10

Keputusan STPM dan SPM baharu diumumkan. Saya pasti ramai pelajar yang sibuk memikirkan untuk meneruskan pengajian mereka. Bagi yang memilih untuk belajar undang-undang, saya ucapkan tahniah dan selamat berjaya. Saya pernah beberapa tahun menjadi  pensyarah undang-undang di beberapa institusi pengajian tinggi. Saya dapati ramai pelajar undang-undang belajar secara tidak bersistem. Pensyarah yang mengajar mereka juga mungkin tidak berkesempatan untuk memberitahu pelajar-pelajarnya mengenai kaedah belajar undang-undang. Oleh itu, ramai pelajar yang masuk dalam kategori average kerana mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. Pelajar yang average adalah pelajar yang memuntahkan balik segala nota dan syarahan pensyarah. Jika begini amalannya memang sukar untuk mendapat pointer tinggi kerana lazimnya pensyarah hanya mampu mengajar 30% shj nilai sebenar mata pelajaran itu kerana faktor kesuntukan masa. 30% itu bukan anggaran yg tepat tetapi ianya metafora bhw pensyarah hanya mampu me