Meskipun perkataan 'Amanah' ini agak sensitif dalam cuaca politik tanahair, namun, sikap amanah seorang peguam amat dihargai oleh klien. Sebenarnya, bersifat amanah adalah salah satu etika penting dalam dunia kepeguaman.
Ada dua jenis sifat amanah yang diperlukan dalam dunia kepeguaman ini. Pertamanya, bersabit dengan amanah sebagai stakeholder (pemegang taruh). Beberapa hari lepas, akhbar melaporkan seorang peguam yang telah beramal selama 24 tahun telah dituduh pecah amanah wang sebanyak RM9.05 juta. Wang tersebut dikhabarkan sebagai wang deposit untuk pembelian sekeping tanah di Kuala Lumpur yang telah didepositkan ke dalam akaun firma guaman tetapi apabila transaksi itu tidak diteruskan, wang itu juga hilang entah ke mana. Sebelum itu, saya juga ada membaca berita mengenai sebuah agensi kerajaaan iaitu RISDA telah membuat aduan polis bahawa mereka telah ditipu oleh sebuah firma undang-undang kerana firma tersebut gagal untuk mengembalikan wang deposit pembelian hartanah berjumlah lebih RM15 juta. Tanah tersebut dinilaikan sebanyak RM150 juta.
Dalam dunia ini, hanya beberapa profesion sahaja yang dibenarkan untuk memegang duit sebagai stakeholder. Yang saya tahu hanya peguam dan agen hartanah yang dibenarkan. Undang-undang membenarkan peguam untuk menjadi stakeholder bagi kliennya. Ini terkandung dalam Rule 14.10 Rulings Bar Council. Stakeholder ini bermaksud peguam itu memegang wang tersebut bagi pihak yang lain. Contohnya, dalam kes jual beli hartanah, selepas menandatangani perjanjian jual beli, peguam perlu melaksanakan beberapa tugasan sebelum bertindak mendaftarkan nama pembeli di dalam geran tersebut. Antara tugasan yang perlu dilakukan adalah untuk menjelaskan baki wang tebus hutang penjual. Pembeli boleh membayar wang tebus hutang ini secara pinjaman bank pembeli atau melalui wang tunai dari pembeli. Jika melalui bank, itu mungkin tidak melibatkan urusan stakeholder kerana bank boleh sahaja meremitkan wang itu ke dalam akaun bank pemegang gadaian, tetapi jika wang tersebut dibayar secara tunai maka pihak peguam akan terlebih dahulu menerima wang itu daripada pembeli dan akan mengeluarkan cek atau meremitkan wang itu ke akaun bank penjual. Selain itu, peguam juga berkemungkinan terpaksa menjadi stakeholder dalam kes penerimaan baki wang hasil jualan hartanah itu. Jumlah hasil jualan hartanah itu mungkin bernilai ratusan ribu hingga jutaan ringgit.
Inilah yang akan menyebabkan seorang peguam akan gelap mata. Berhadapan dengan wang jutaan ringgit boleh menggugat iman seorang peguam. Lazimnya, seorang peguam itu mungkin pada awalnya tidak berniat untuk mengelapkan wang tersebut. Mereka mungkin hanya mahu meminjam wang tersebut untuk sementara waktu bagi tujuan bisnes yang lain. Orang bisnes kata pinjam untuk 'rolling' bisnes lain. Namun, berlaku kejadian luar jangka menyebabkan mereka gagal untuk mengembalikan wang itu. Pada saya, meminjam wang atau perbuatan 'rolling' itu pun adalah satu perbuatan yang salah kerana perbuatan meminjam perlukan kebenaran daripada pemunya wang itu. Jika diambil tanpa kebenaran maka itu sudah menjadi satu perbuatan jenayah.
Keduanya, sikap amanah lain yang perlu dijaga oleh peguam iaitu amanah dalam melaksanakan pekerjaannya. Sikap amanah ini yang saya dapati gagal dibuat oleh ramai peguam. Ada peguam yang gagal menasihati anakguamnya dengan sewajarnya. Peguam itu hanya menasihati anakguam secara ala kadar atau sambil lewa tanpa membuat apa-apa rujukan sehinggakan nasihat yang diberikan itu adalah nasihat yang salah. Sebab itu, amalan memberikan nasihat guaman tanpa dipinta adalah menyalahi etika undang-undang. Sekiranya seorang peguam ingin memberikan nasihat guaman, ianya hendaklah diminta oleh anakguamnya itu kerana sebelum memberikan nasihat, peguam itu akan terlebih dahulu mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan masalah atau fakta kes. Kesilapan fakta kes akan menyebabkan nasihat yang diterima itu tidak tepat.
Ada ketika kita berjumpa dengan peguam yang menipu anakguamnya dengan menyatakan perkara-perkara yang baik-baik sahaja padahal peguam tersebut telah menerima amaran dengan Mahkamah akibat kegagalannya melaksanakan arahan Mahkamah. Menerima arahan untuk membuat kerja-kerja litigasi adalah suatu perkara yang serius. Ini kerana kerja-kerja litigasi ada 'dateline' yang mesti dipatuhi. Kegagalan untuk mematuhi 'dateline' itu boleh mendatangkan akibat yang buruk seperti suatu penghakiman boleh dimasukkan atau kemungkinan terlepas peluang untuk menfailkan sesuatu dokumen.
Ada peguam yang tidak tahu membuat sesuatu kes tetapi mengaku pandai dalam kes tersebut. Akhirnya, apabila kes telah sampai di tengah jalan, peguam tersebut telah buntu dan tidak menemui jalan keluar. Hal ini pernah terjadi kepada saya sendiri pada awal saya memulakan prektis guaman. Pada waktu itu, seorang klien telah mengupah firma kami untuk menyaman seorang yang lain. Pihak kami menerima arahan tersebut kerana setelah melihat dokumen dan mendengar arahan yang diberikan itu nampaknya kes tersebut adalah tidak begitu rumit dan menyangkakan ianya adalah litigasi biasa seperti litigasi bank. Pihak kami telah menfailkan saman tersebut dan membuat serahan saman. Apabila defendan menerima saman tersebut beliau telah mengupah peguam untuk membela diri dan peguam tersebut telah memasukkan satu permohonan untuk membatalkan saman dan tuntutan disebabkan tiada kausa tindakan yang jelas. Sebenarnya permohonan untuk membatalkan saman ini adalah perkara biasa dalam litigasi am tetapi disebabkan pada waktu itu kami kekurangan ilmu dan pengalaman menyebabkan kami pada waktu itu buntu kerana tidak tahu apakah jalan keluarnya. Akhirnya firma kami terpaksa berterus terang dengan klien dan klien memahami masalah kami dan klien telah melantik seorang peguam baharu. Kes ini memberikan pengajaran kepada saya untuk tidak mengambil kes yang kita sendiri tidak faham mengenainya.
Sebab itu seorang peguam hendaklah bersikap amanah dan jujur. Jika seseorang jujur dalam tindakannya nescaya beliau akan lebih mudah mendapat klien. Klien itu pula pasti akan berterusan menggunakan khidmatnya. Ada beberapa klien saya yang saya telah kenali semenjak belasan tahun yang lepas dan sehingga kini masih menggunakan khidmat guaman saya kerana mereka menghargai sikap peguam yang berterus terang, jujur dan amanah.
Saya masih ingat beberapa tahun lepas seorang klien yang sering menggunakan khidmat guaman kami telah meminta kami untuk mengendalikan kes litigasi berkaitan kegagalan kontrak pembinaan. Litigasi seperti ini adalah rumit kerana ianya melibatkan terma-terma kejuruteraan dan arkitek. Saya secara jujur memberitahu klien bahawa saya tidak mampu untuk mengendalikan kes ini disebabkan kekurangan pengalaman dalam litigasi seperti ini. Namun, saya nyatakan bahawa saya tahu ada seorang peguam lain yang pakar dalam litigasi ini dan jika diberikan kepercayaan saya boleh mengendalikan kes ini bersama peguam tersebut. Saya telah mengaturkan pertemuan antara mereka dan peguam tersebut telah mensyaratkan bahawa saya mesti dimasukkan juga dalam team atau kumpulan litigasi ini kerana meskipun beliau faham perjalanan kes tetapi beliau mempunyai banyak komitmen kerja yang lain. Akhirnya, saya dan rakan saya itu telah dilantik untuk mengendalikan kes litigasi ini dan kami telah berjaya membela klien tersebut dengan memuaskan sehingga kes tersebut telah dilaporkan di dalam jurnal undang-undang.
Kesimpulannya, seorang peguam sewajibnya tegas berpegang dengan etika guaman. Seorang peguam tidak boleh mengambil remeh sebarang arahan kliennya dan tegas menyatakan perkara yang benar. Peguam juga perlu menceritakan kepada anakguamnya segala jalan atau liku yang mungkin ditempuhi untuk mengelakkan kita disalahkan oleh peguam jika berlaku sesuatu ke atas kesnya. Sekiranya seorang peguam itu berpegang dengan etika dan peraturan beliau akan selamat dalam profesion ini dan akan kekal lama sebagai peguam.

Comments