Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

RUU 355: Akhirnya "Cek Kosong" Akan Terisi

Semalam (22 November 2016), Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri bersama-sama dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu menteri yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal Islam telah memanggil kesemua Ahli Parlimen Islam untuk menghadiri satu taklimat khas berkaitan pindaan terhadap Akta 355. Sebelum itu, YB Ahli Parlimen Marang telah mengusulkan pindaan kepada Akta 355 yang lebih popular dengan istilah RUU 355 pada 26 Mei 2016. Usul YB Ahli Parlimen Marang itu telah menimbulkan polemik dan kontroversi yang besar kepada umat Islam di negara ini. Sebaik sahaja usul tersebut dibaca, YB Ahli Parlimen Marang menyatakan akan menghuraikan usul tersebut pada sesi Parlimen yang akan datang yang bermula pada 17 Oktober 2016 sehingga 24 November 2016. Berduyun-duyun penyokong YB Ahli Parlimen Marang turun ke Parlimen pada tarikh tersebut untuk memberikan sokongan dan akhirnya kesemuanya balik dalam kehampaan kerana usul tersebut tidak

Hak Asasi Manusia: Salah Faham Konsep Dan Pemahaman

Dewasa ini perkataan “Kebebasan Asasi” atau “Hak Asasi Manusia” menjadi suatu tema yang sangat popular. Saya mula menekuni bidang hak asasi ini selepas tamat ijazah kedua (LL.B (Shariah)) pada tahun 1998. Pada waktu itu, saya bertemu dengan seorang peguam senior iaitu Tuan Hj Syed Ibrahim. Beliau mengatakan bahawa abad ini adalah abad hak asasi setelah manusia mula melepasi revolusi industri. Sesiapa yang ingin menerokai masa hadapan perlu menekuni bidang hak asasi. Pada masa itu, beliau adalah bekas pimpinan sebuah parti politik Islam. Beliau menyarankan supaya parti itu mula mengambil perhatian terhadap arus hak asasi manusia dan menggunakan pentas hak asasi bagi kebaikan umat. Walau bagaimanapun, saranan beliau itu tidak begitu diambil perhatian sehinggalah unit guaman parti berkenaan menjenamakan diri sebagai unit guaman dan hak asasi manusia. Sayang sekali, perkara itu terhenti setakat isu perundangan sahaja dan gagal digarap oleh pihak berautoriti agama di dalam parti untuk me