Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Sorotan Semula RUU 355 (Selepas Pindaan Usul Persendirian YB Ahli Parlimen Marang)

Perjalanan RUU 355 yang dibawa melalui YB Ahli Parlimen Marang kini telah memasuki hampir 2 tahun semenjak ianya mula-mula dibawa pada 7 April 2015. Setelah beberapa kali dimasukkan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, akhirnya usul tersebut dibaca oleh YB Ahli Parlimen Marang pada 26 Mei 2016. Pada hari tersebut YB Ahli Parlimen Marang hanya sekadar membaca usul tersebut dan menangguhkannya untuk dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat yang berikutnya iaitu pada 17 Oktober 2016. Namun, usul tersebut tidak diberikan laluan oleh Speaker pada hari tersebut meskipun ramai penyokong YB Ahli Parlimen Marang yang berbondong-bondong hadir ke Parlimen demi melihat catatan sejarah perbahasan RUU 355 secara ‘live’. Selepas itu, timbul desas-desus bahawa usul tersebut hanya akan dibacakan dan dibahaskan pada 23 atau 24 November 2016, iaitu sebelum berakhirnya Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas Sidang Dewan Rakyat. Pada 22 November 2016, suatu kejutan dibuat ol

RUU 355 Dan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah - Tinjauan Semula kes Sukma Darmawan

RUU 355 dikatakan mahu dipinda kerana ingin meningkatkan martabat dan wibawa Mahkamah Syariah. Antara intipati Akta 355 ini adalah pemberian bidang kuasa ke atas hukuman jenayah Syariah. Badan Perundangan Negeri diberikan bidang kuasa untuk membuat apa-apa peruntukan undang-undang ke atas orang-orang Islam berkaitan kesalahan ke atas perintah agama Islam. Antara kesalahan yang diperundangkan adalah kesalahan ‘liwat’. Contohnya kesalahan ini telah disebut di dalam S. 1(2) Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) dan dijadikan di bawah S.25 Akta yang sama. Kesalahan ‘liwat’ juga diperuntukkan di dalam S.377A Kanun Keseksaan yang menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang itu membuat hubungan seks (sexual connection) dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut ''seseorang lain'' (tak kira atau perempuan) dan boleh dihukum di bawah S.377B Kanun Keseksaan. Menariknya, adakah ini bermakna seorang Islam itu bo