Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Darihal Saman Polis

Semalam sewaktu bersembang dengan seorang teman sewaktu menunggu kesnya dipanggil, beliau telah menceritakan pengalamannya ditahan oleh polis dalam satu sekatan jalan raya atas kesalahan menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu. Sewaktu beliau ditahan, beliau telah bertanyakan kepada polis yang menahan itu. “Apa kesalahan saya, encik?. Polis itu berkata, “Menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu”. Beliau bertanya lagi, “Saya guna loud speaker semasa menggunakan handphone itu. Apa beza guna loud speaker dengan menggunakan bluetooth atau hand’s free”. Polis itu terdiam dan bertanyakan pengesahan kepada rakan polis yang mengendap dalam semak. Polis yang mengendap itu mengesahkan bahawa rakan saya itu menggunakan loudspeaker. [ Saya tak pasti bagaimana polis itu dapat sahkan sedangkan dia tak dengar pun bagaimana rakan saya bercakap ]. Polis itu bertegas juga untuk mengeluarkan saman ke atas rakan saya itu walaupun rakan saya tetap mengatakan beliau tidak melakukan kesalahan.

Perbandingan Ringkas Sistem Kenegaraan Malaysia Dan Indonesia

Beberapa hari yang lepas, kami telah melakukan permusafiran ke bumi Sulawesi yang menjadi tempat mastautin masyarakat Bugis. Setepatnya perjalanan ini adalah ke Bandaraya Makassar, Sulawesi Selatan. Rombongan kami terdiri daripada peguam, pegawai tadbir diplomatik dan mahasiswa tahun akhir undang-undang. Perjalanan kali ini adalah perjalanan untuk berkongsi ilmu kepeguaman dan perundangan dengan STISIP (Sekolah Tinggi Ilmu Sosial dan Ilmu Politik) di Kabupaten (Daerah) Rappang, Sulawesi Selatan. Sulawesi Selatan adalah salah sebuah provinsi (negeri) yang berada dalam negara Indonesia. Provinsi ini mengandungi 24 daerah iaitu 21 Kabupaten dan 3 Kota Madya. Pada mulanya agak sukar untuk memahami sistem kenegaraan dan struktur organisasi pentadbiran di Indonesia. Persoalan berkaitan sistem kenegaraan Indonesia sudah lama bermain di fikiran khasnya selepas Jokowi berjaya memenangi jawatan Presiden Indonesia. Tambahan lagi, kepakaran yang dipelajari selama ini adalah dalam bidang perlem