Dalam dunia media sosial hari ini, hubungan sesama insan banyak dipermudahkan dengan sistem teknologi. Setiap orang yang mempunyai facebook pasti mempunyai ramai teman maya yang mungkin beliau tidak pernah ketemu sepanjang hayatnya. Ramai teman-teman peguam yang menulis pengalaman masing-masing di mahkamah dan tindakan itu pada fikiran saya banyak membantu orang ramai dalam memahami bidang guaman ini. Saya juga kerap menerima pertanyaan daripada rakan facebook yang saya tidak pernah berjumpa. Setiap soalan yang ditanya itu akan dijawab dengan sebaik mungkin sehingga pihak yang bertanya itu berpuashati. Ada juga rakan facebook yang meminta pandangan kedua. Beliau telah melantik peguam yang lain dan cuba bertanyakan pandangan kedua mengenai kes beliau. Bagi saya jika bertanyakan pandangan kedua maka saya harus lebih berhati-hati kerana adalah menyalahi etika guaman jika kita mencampuri urusan peguam yang lain. Kaedahnya, peguam yang pertama itu lebih memahami perjalanan kes beliau
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.