Umat Islam telah menyambut sambutan Hijratul Rasul atau Maal Hijrah baru-baru ini. Semangat menyambut tahun baru gregorian mempunyai sedikit perbezaan dengan semangat berhijrah yang disambut setiap awal Muharam. Jika setiap tanggal 31 Disember, masing-masing memulakan tahun baharu dengan azam dan resolusi hidup yang baharu tetapi dalam semangat Hijratul Rasul ini kita membayangkan berpindah daripada kehidupan yang susah kepada kehidupan yang baharu yang kita sendiri tidak tahu masa hadapannya. Apa yang kita pasti adalah bahawa dengan meninggalkan kehidupan yang lama itu kita akan keluar daripada kesusahan kehidupan yang lama. Sewaktu umat Islam di dalam tahun ke-13 kenabian Nabi Muhammad SAW mereka merasakan kebebasan beragama mereka semakin terancam dan Nabi SAW telah diperintahkan untuk berhijrah daripada kota Mekah ke Yastrib. Mekah dan Yastrib ini berada kira-kira 400 kilometer perjalanan. Bayangkan perjalanan di padang pasir kering kontang 1439 tahun yang lampau. Tentu sekali
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.