Baru-baru ini ada klien yang datang berjumpa untuk meminta pandangan peguam berkaitan memberi hutang. Ceritanya bahawa seorang kenalannya telah berjumpa dengannya untuk meminjam wang berjumlah lebih RM100 ribu. Beliau berasa was-was sama ada kenalannya itu kelak mampu untuk menjelaskan hutang yang berjumlah ratusan ribu itu. Katanya, “Saya risau kalau-kalau dia tidak dapat menjelaskan hutangnya. Walaupun saya ada wang tetapi jumlah wang itu besar dan sepatutnya saya gunakan wang itu untuk melabur di tempat lain.” Peguam menjawab, “Kalau awak khuatir kenalan awak itu tak menjelaskan hutang lebih baik jika awak meminta sesuatu sebarang cagaran bagi hutang itu. Mungkin kereta, rumah, barang kemas atau apa-apa sahaja yang berharga.” Selanjutnya peguam terangkan, “Cuba awak lihat bank. Mana ada bank bagi hutang ratusan ribu tanpa cagaran. Paling kuat pun bank hanya bagi pinjaman peribadi secara tunai RM20-30 ribu sahaja. Itu pun beri kepada pegawai kerajaan atau pekerja syarikat besa
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.