Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Peguam Penjenayah

PEGUAM PENJENAYAH Rasa saya inilah soalan yang bermain di fikiran 90% pelajar undang-undang sebelum mereka menamatkan pelajaran mereka. Soalan itu adalah adakah kita dianggap bersubahat dengan tertuduh sekiranya kita mewakili seorang tertuduh atas sesuatu kesalahan terutama sekiranya kesalahan itu berhubungan dengan kesalahan moral seperti kesalahan merogol atau kesalahan berat  seperti membunuh atau merompak. Saya masih ingat soalan ini juga bermain di minda seorang rakan sekelas yang pintar. Beliau sangat berminat untuk menjadi peguam tetapi bapanya, seorang guru agama melarang beliau menjadi peguam kerana khuatir dosa bersubahat dengan penjenayah apabila beliau mewakili seorang tertuduh. Saya faham sebagai guru agama pastinya mahukan anaknya ke syurga dan akan mencegah anaknya daripada berbuat subahat dengan pendosa. Sehingga ke akhirnya beliau tidak langsung menjadi peguam dan memilih untuk menjadi pensyarah. Alhamdulilah beliau cemerlang sebagai pensyarah dan berjaya memperolehi i

MASA PEGUAM

MASA PEGUAM Masa adalah kurniaan Allah Taala. Masa itu sangat pelik. Hendak dikatakan ianya satu objek bukan juga. Masa itu tidak boleh dipegang seperti kita memegang ketulan emas. Hendak dijual seperti kita menjual ikan di pasar pun tidak boleh. Masa itu tidak nampak tetapi hendak dikatakan ianya seperti elektrik yang tidak nampak pun tidak juga. Jadi apa sebenarnya hakikat masa? Selalunya jika ustaz berceramah maka selalu disebut Surah Al-Asr. Surah Al-Asr itu adalah surat Makkiah. Ianya mengandungi tiga ayat sahaja tetapi dengan tiga ayat itu seorang ustaz boleh berbuih mulutnya bersembur air liur keramatnya berceramah selama dua jam bermodalkan surah itu. Mengikut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, surah ini dinamakan sebagai surah Al-Asr kerana ianya bermula dengan lafaz sumpah Allah terhadap masa. Kata tafsir itu, kerugian yang disebutkan dalam surah itu adalah bermakna ‘hilang modal’. Modal seseorang itu ialah umurnya.  Sekiranya berlalu detik umurnya itu tanpa berpesan-pesan dengan keb

DILEMA MENYAMBUNG PENGAJIAN LANJUTAN

DILEMA MENYAMBUNG PENGAJIAN LANJUTAN Sewaktu mula-mula menjadi peguam 20 tahun lepas, saya memberitahu seorang rakan sekelas yang juga kawan akrab semasa di universiti bahawa cita-cita saya adalah untuk menjadi jutawan apabila mencecah umur 40 tahun. Pada waktu itu, saya berumur 27 tahun. Saya memasuki alam pekerjaan agak lewat daripada rakan-rakan yang lain. Pada masa mendapat ijazah pertama kami berusia 24 tahun dan apabila habis latihan dalam kamar akan berusia 25 tahun. Ramai di kalangan kami yang terus memasuki alam pekerjaan dan masing-masing akan bergaya dengan kereta yang cantik-cantik. Sememangnya setiap graduan akan mempunyai cita-cita pertama mereka untuk memiliki kereta. Pada masa itu, kereta Proton Perdana kelihatan begitu gah di mata dan ada seorang teman yang telah memiliki kereta itu seawal dua tahun memasuki alam pekerjaan. Mungkin graduan sekarang sudah tidak pandang kepada kereta Proton Perdana. Kereta Proton Perdana pun sudah tidak lagi kelihatan di jalan raya. Mung