Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

PEGUAM MARATHON

PEGUAM MARATHON Peguam marathon ini jarang kita boleh jumpa. Peguam marathon ini sama seperti pelari jarak jauh. Hendak sampai ke penghujung itu akan memakan masa yang lama. Perjalanan itu jauh. Kadang kala kita hairan kenapakah ada orang yang sanggup berlari sejauh 42 kilometer. Tidakkah dia berasa penat? Namun, bagi pelari marathon mereka menikmati perjalanan yang jauh itu. Bagi mereka ianya satu kenikmatan yang tidak dapat dicari dengan cara lain. Ada 4 kes yang diingati sebagai kes yang bersifat marathon. Kes-kes itu menjadi kes yang marathon kerana perjalanan kes itu begitu panjang melingkari kehidupan. Apa untungnya kes marathon. Pastinya keuntungan kes marathon itu bukanlah berbentuk keuntungan wang ringgit. Siapakah yang mampu hendak menanggung kos guaman yang berjalan kadang-kala mencecah 10 tahun. Keuntungan yang diperolehi adalah keuntungan yang bersifat membina karier dan kerjaya. Pengalaman yang lama mengendalikan kes-kes begitu memberikan kita keinsafan betapa masa itu am