Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2024

KEPUTUSAN KES NIK ELIN

Keputusan kes petisyen Nik Elin Zurina binti Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha binti Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan (Petisyen No. BKA-2-05/2022(D)) dijadualkan akan disampaikan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari 2024. Sememangnya setiap kes yang difailkan di Mahkamah akan mempunyai titik noktah akhir.  Keputusan kes Mahkamah ini adalah ibarat bermain pertandingan bola sepak. Mesti ada yang menang dan ada yang kalah. Ada kala sesuatu permainan itu akan berakhir dengan keputusan seri. Kesemua keputusan itu haruslah dihormati oleh semua pihak dan penonton. Pemain bola sepak pula terpaksa bekerja keras untuk menang pertandingan itu (kecuali kalau tidak dibayar gaji mestilah down teruk pemain itu). Pokoknya keputusan Mahkamah Persekutuan ini perlu dihormati dan dijadikan asas untuk bergerak ke hadapan. Ada pihak yang menyatakan bahawa keputusan kes ini dianggap sebagai ancaman kepada Syariah sehingga terpaksa untuk membuat perhimpunan yang dinamakan ‘H

PENGAMPUNAN NAJIB

  Beberapa tahun lepas mungkin dalam tahun 2017 beberapa banduan Al-Maunah telah meminta khidmat untuk membuat petisyen pengampunan bagi pihak mereka. Pada waktu itu, tiada apa-apa precedent (duluan) yang boleh dirujuk. Pada ketika ada juga percubaan untuk meminta bantuan daripada kawan-kawan yang banyak membuat kes jenayah namun mereka juga tiada pengalaman dalam membuat petisyen berkenaan. Malangnya tiada sesiapa di antara kenalan yang dapat memberikan bantuan.  Akhirnya dalam keadaan meraba-raba itu kita terpaksa membuat kajian dan penyelidikan sendiri mengenai undang-undang yang terpakai. Pastinya undang-undang yang utama adalah Perlembagaan Persekutuan sendiri iaitu Perkara 42.  Perkara 42 itu memberikan kuasa kepada YDPA dan Sultan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah mengikut di mana ianya dibicarakan. Jika kesalahan itu dibicarakan di Wilayah Persekutuan maka petisyen pengampunan itu akan dibuat kepada Y