Salam.
Kepada semua pengunjung blog ini saya ucapkan salam perkenalan. Semoga semua pengunjung berada dalam keadaan sihat sejahtera di bawah naungan Allah S.W.T. Sebagai posting yang pertama saya mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana limpahan kurnianya saya telah berjaya mengatasi kesibukan selama ini untuk mencuba dalam arena penulisan.
Sebenarnya, nawaitu untuk menulis ini telah lama wujud namun kesibukan bekerja ditambah lagi dengan kesibukan menyiapkan tesis PhD telah menggendalakan rancangan yang ada. Alhamdulillah, pada hari Rabu bersamaan 20/8/2008 saya telah berjaya menyiapkan tesis tersebut dan menghantar kepada penyelia tesis untuk semakan dan kelulusan. Sekiranya tiada aral, insya-Allah boleh dihantar kepada Unit Pasca Ijazah dan ditetapkan hari untuk viva tesis tersebut.
Insya-Allah Taala, blog ini akan membahaskan berkaitan perundangan memandangkan saya telah berkecimpung sekian lama dalam subjek perundangan. Seingat saya, saya mula mengenali dunia perundangan ini pada tahun 1991 di peringkat matrikulasi, dan seterusnya sehingga memperolehi ijazah sarjana muda pada tahun 1997. Setahun kemudian, saya berjaya memperolehi ijazah sarjana muda (shariah), dan seterusnya pada tahun 1999, saya berjaya pula menghabiskan ijazah sarjana. Cuma, bagi ijazah doktor falsafah ini memakan masa yang agak lama iaitu bermula dari November 2000 sehingga sekarang barulah sempurna tesis yang dibuat. Itu pun, masih belum tahu barangkali Profesor akan mengarahkan dibuat pembetulan terlebih dahulu.
Subjek perundangan ini adalah subjek yang amat mustahak kerana ianya berkaitan dengan kehidupan seharian. Setiap detik hidup ini diaturkan oleh proses perundangan. Samada sedar atau tidak, kita memerlukan undang-undang. Kerap kali, waktu mengajar dahulu saya mengingatkan pelajar bahawa bermula daripada bangun tidur sehingga kita tidur kembali, hidup ini tidak lari dari perundangan. Perundangan yang dimaksudkan itu adalah berbentuk perundangan yang ditetapkan untuk diri sendiri (self-imposed) mahupun perundangan yang dibentuk oleh suatu badan perundangan seperti badan legislatif.
Bagi diri sendiri, kita mengaturkan hidup kita bermula dari waktu bangun tidur, kita berzikir mengucapkan syukur kepada Allah, setelah itu kita memberus gigi, mandi, menggunakan tuala, mengambil wuduk, solat subuh dan seterusnya sehinggalah kita bersiap untuk ke tempat kerja atau lain-lain tugas. Ini adalah perundangan yang kita tetapkan untuk diri sendiri. Setelah itu, apabila sampai ke tempat kerja, hidup kita ditentukan oleh peraturan di tempat kerja seperti bermula waktu kerja jam 8 pagi, punch card, meneliti fail, menaip, minum pagi dan seterusnya. Itu adalah peraturan juga.
Oleh itu, hidup ini sebenarnya diatur oleh undang-undang. Hakikatnya, dengan sistem perundangan yang dibuat itu maka hidup manusia lebih teratur, berdisiplin, bermatlamat dan mampu memberikan kecemerlangan kepada diri dan orang lain. Jangan abaikan hidup anda tanpa matlamat nescaya anda akan rugi di dunia dan di akhirat.
Insya-Allah. Sehingga bertemu lagi. Wassalam

Comments