Semanis Kurma, 'Duitku Duitmu' Dalam rancangan TV9 sebentar tadi iaitu rancangan Semanis Kurma yang dihoskan oleh 2 selebriti agama terkenal dan pasangan suami isteri iaitu Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Bahyah, dan 4 tetamu Ahmad Idham dan isterinya Amy dan Zulkfili Zain dan isteri telah membincangkan masalah suami isteri yang mana suami hidup dengan berharapkan pendapatan isteri. Terdapat beberapa pemanggil yang telah membuat panggilan semasa rancangan berlangsung dan mengadu hal suami mereka yang bacul kerana tidak menyediakan nafkah kepada isteri. Malah, ada yang mengadu suami mereka bukan setakat malas bekerja tetapi telah mencuri barang kemas isteri dan menjualkannya. Ada yang sudah tidak larat dan benci memandang muka suami. Ada yang telah 7 tahun tidak diberikan nafkah malah ada yang semenjak kahwin tidak pernah merasa duit suami. Kesemua ahli panel dan hos rancangan sepakat menyatakan keadaan tersebut tidak sepatutnya wujud sebab nafkah adalah tanggungjawab suami. Baru-
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.