Skip to main content
Peguam, Pensyarah, Pegawai Undang-Undang, PTD

Saya percaya ramai di kalangan bakal graduan undang-undang masih tercari-cari hala tuju ke arah mana mereka akan tuju setelah bergelar siswazah. Bagi pelajar di peringkat menengah barangkali kerjaya sebagai seorang peguam menjadi impian di hati. Ikon seperti Karpal Singh, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Dato' Wan Mutalib Embong, Allahyarham Aris Rizal Christopher Fernando, Hj Sulaiman Abdullah, Datuk Zaid Ibrahim (sekadar beberapa peguam ternama) menjadi idola mereka. Tidak dinafikan bahawa ikon yang disebutkan itu bukan sahaja terbilang di dunia perundangan tetapi berjaya mengumpul harta benda yang mewah di dunia ini. Tarikan utama dunia perundangan adalah duit. Ramai orang menyangka bahawa title sebagai peguam itu akan menjadikan seseorang itu kaya serta merta.

Hakikatnya, menjadi seorang peguam pada masa sekarang adalah tidak sama seperti menjadi peguam 20 tahun yang lampau. Ikon yang disebutkan di atas sebenarnya telah berusaha semenjak puluhan tahun yang lalu dan telah menuai hasilnya sekarang. Kerjaya sebagai peguam sekarang ini harus lari dari sterotaip yang wujud. Pada masa kini, ramai peguam menumpukan dalam bidang perbankan dan hartanah. Kewujudan pemaju perumahan dan sektor perumahan yang pesat membangun dari tahun 1980-an telah membantu ramai peguam untuk berjaya. Statistik terkini menunjukkan peguam yang berdaftar adalah melebihi 13 ribu orang di seluruh Semenanjung dan lebih 6 ribu peguam berada di Lembah Klang. Bakinya berselerak di merata negeri.

Seorang peguam yang baru 'long call' (istilah bagi yang sudah rasminya menjadi peguam) selepas menghabisi masa 9 bulan tempoh chambering (praktikal) akan memperolehi gaji sekitar RM1800 - RM2500 di Kuala Lumpur. Katakanlah, kenaikan gaji sebanyak RM200 setahun diperolehi maka dalam tempoh 10 tahun gaji yang diperolehi sebagai seorang Legal Assistant di firma undang-undang mungkin berkisar antara RM4000 - RM5000.

Ada di kalangan peguam yang melompat firma (istilah 'lompat' ini sangat sinonim sekarang dengan tarikh 16 Sept 2008, kononnya ada ahli parti kerajaan akan melompat kepada pembangkang dan seterusnya menumbangkan kerajaan yang sedia ada), daripada firma asal ke beberapa firma lain untuk mendapatkan gaji dan imbuhan yang lebih baik.

Namun, pada pandangan saya, gaji sebagai seorang Legal Assistant tidak akan lebih daripada RM5 ribu sebulan. Jika seseorang peguam ingin mendapatkan pendapatan yang lebih maka beliau harus mencari kesnya sendiri dan membawa kes itu ke dalam firma. Jika nasibnya baik, rundingan dengan pekongsi firma berjalan lancar maka peguam itu boleh menuntut sebahagian besar yuran guaman untuk imbuhan dirinya. Kadar imbuhan itu barangkali antara 30-80 % bergantung kepada setakat mana sumber firma itu digunakan seperti khidmat kerani, despatch, wang yang didahulukan dan lain-lain lagi.

Cara yang lain untuk menambahkan pendapatan adalah menubuhkan firma sendiri. Menubuhkan firma sendiri adalah satu langkah yang bijak jika anda mempunyai modal, pekerja yang jujur, klien yang tidak kedekut dan masa yang seimbang. Menubuhkan firma melibatkan soal pentadbiran firma, pemasaran dan operasi. Seseorang pekongsi firma perlu memperuntukkan masa untuk memasarkan servisnya (marketing) bagi mendapatkan kerja. Setelah diperolehi kerja itu maka beliau harus membuat kerja itu. Kerja yang dibuat barangkali tidak cukup dengan satu hari dan memerlukan follow-up. Selain itu, peguam itu harus mempunyai pengalaman dan tidak hanya melepaskan kerja itu kepada kakitangan tanpa seliaan yang sepatutnya. Soalnya sekarang, apakah kerja itu berpadanan dengan hasilnya. Kerja marketing mungkin sudah seminggu, kerja operasi mungkin seminggu dan lain-lain pula seminggu. Ini bermakna sudah 3 minggu diperuntukkan bagi membuat kerja itu. Jika kerja itu berbentuk pindah milik hartanah yang bernilai RM200 ribu. Ini bermakna yuran guaman kasar yang diperolehinya adalah sebanyak RM1850-00. Cukupkah wang tersebut untuk menanggung sewa pejabat, gaji kakitangan, bil utiliti, parking, ansuran rumah, kereta dan belanja harian makan minum. Tetapi jika kerja itu mempunyai nilai yuran guaman berjumlah RM10 ribu mungkin ianya berbaloi.

Oleh itu, bagi para graduan seharusnya mereka memikirkan dengan lebih panjang dan mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan berkaitan kerjaya. Cuba dapatkan sumber-sumber rujukan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan tersebut. Sebaiknya cuba hadirkan diri dalam ceramah kerjaya dan menginterview pihak yang berpengalaman. Mungkin juga kerja sebagai pegawai undang-undang, pensyarah dan pegawai PTD lebih menjamin kehidupan sekarang. Semuanya ini harus ditimbangkan secara teliti dan profesional.

Sekian. Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor