Skip to main content
Semanis Kurma, 'Duitku Duitmu'

Dalam rancangan TV9 sebentar tadi iaitu rancangan Semanis Kurma yang dihoskan oleh 2 selebriti agama terkenal dan pasangan suami isteri iaitu Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Bahyah, dan 4 tetamu Ahmad Idham dan isterinya Amy dan Zulkfili Zain dan isteri telah membincangkan masalah suami isteri yang mana suami hidup dengan berharapkan pendapatan isteri.

Terdapat beberapa pemanggil yang telah membuat panggilan semasa rancangan berlangsung dan mengadu hal suami mereka yang bacul kerana tidak menyediakan nafkah kepada isteri. Malah, ada yang mengadu suami mereka bukan setakat malas bekerja tetapi telah mencuri barang kemas isteri dan menjualkannya. Ada yang sudah tidak larat dan benci memandang muka suami. Ada yang telah 7 tahun tidak diberikan nafkah malah ada yang semenjak kahwin tidak pernah merasa duit suami.

Kesemua ahli panel dan hos rancangan sepakat menyatakan keadaan tersebut tidak sepatutnya wujud sebab nafkah adalah tanggungjawab suami.

Baru-baru ini ketika di dalam mahkamah untuk perbicaraan satu kes, Hakim Tuan Hj Mukyiddin menyatakan, isteri yang tidak terima nafkah selama 3 hari mesti komplen dan menuntut nafkah tersebut daripada suami. Jika sudah berlalu tempoh 3 bulan terus failkan fasakh atau taklik. itulah yang dikehendaki sebenarnya. Bukan menunggu selama 7 tahun barulah nak failkan kes.

Wallahulam

Keseluruhan ahli

Comments

Popular posts from this blog

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk mem...

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

Perbandingan Ringkas Sistem Kenegaraan Malaysia Dan Indonesia

Beberapa hari yang lepas, kami telah melakukan permusafiran ke bumi Sulawesi yang menjadi tempat mastautin masyarakat Bugis. Setepatnya perjalanan ini adalah ke Bandaraya Makassar, Sulawesi Selatan. Rombongan kami terdiri daripada peguam, pegawai tadbir diplomatik dan mahasiswa tahun akhir undang-undang. Perjalanan kali ini adalah perjalanan untuk berkongsi ilmu kepeguaman dan perundangan dengan STISIP (Sekolah Tinggi Ilmu Sosial dan Ilmu Politik) di Kabupaten (Daerah) Rappang, Sulawesi Selatan. Sulawesi Selatan adalah salah sebuah provinsi (negeri) yang berada dalam negara Indonesia. Provinsi ini mengandungi 24 daerah iaitu 21 Kabupaten dan 3 Kota Madya. Pada mulanya agak sukar untuk memahami sistem kenegaraan dan struktur organisasi pentadbiran di Indonesia. Persoalan berkaitan sistem kenegaraan Indonesia sudah lama bermain di fikiran khasnya selepas Jokowi berjaya memenangi jawatan Presiden Indonesia. Tambahan lagi, kepakaran yang dipelajari selama ini adalah dalam bidang perlem...