Skip to main content
Masalah Menjual Kereta

Baru-baru ini saya menerima pertanyaan daripada seorang saudara baru. Beliau telah menjualkan kereta melalui sebuah syarikat menjual kereta terpakai. Menurutnya, syarikat tersebut telah berjanji untuk menyelesaikan segala bayaran tebus hutang dengan pihak bank. Namun, janji tetap tinggal janji sahaja. Syarikat tersebut telah menjualkan kereta tersebut kepada orang lain dan pembeli itu telah meneruskan ansuran bank tanpa nama saudara baru itu ditukar milik. Sebagaimana kelaziman, pembeli itu telah gagal menjelaskan bayaran ansuran bank dan bank menghantar notis kepada saudara baru itu.

Saudara baru itu telah bersemuka dengan pemilik syarikat itu dan pemilik syarikat berjanji untuk melunaskan bayaran hutang bank. Akhirnya, kereta itu telah dirampas oleh bank dan dilelong. Setelah ditolak hasil lelongan, masih terdapat baki hutang kira-kira RM25 ribu. Syarikat tersebut masih gagal untuk menjelaskan bayaran baki hutang itu. Malah, telefon dan sms sudah tidak dilayan. Apabila pergi ke syarikat itu, pemilik syarikat itu telah mengelak-elak.

Saudara baru itu telah menfailkan tuntutan di Tribunal Pengguna dan berjaya mendapat award sebanyak RM25 ribu. Tetapi, masalah belum selesai. Syarikat tersebut tetap gagal untuk jelaskan bayaran award itu dan kes disenaraikan dalam senarai untuk diteruskan dengan penguatkuasaan.

Masalah baru pula muncul apabila saudara baru itu tidak mendapat nasihat guaman yang secukupnya. Beliau telah menamakan defendan/responden sebagai nama syarikat itu dan tidak memasukkan nama ejen syarikat yang menguruskan syarikat dan penjualan keretanya. Penguatkuasa gagal untuk melaksanakan waran ke atas pemilik syarikat dan akhirnya kes itu tergantung begitu sahaja. Berpucuk surat kepada menteri dan pegawai kementerian tidak mendapat respon.

Saya menyatakan kepadanya bahawa jalan terbaik adalah untuk menyita syarikat tersebut kerana premis syarikat masih beroperasi. Sitaan boleh dibuat atas perintah mahkamah. Saudara baru itu harus menfailkan saman sivil ke atas syarikat itu dan ejen syarikat itu supaya kedua mereka akan bertanggungan.

Tetapi, saudara baru itu mempunyai kekangan kewangan untuk mengupah peguam. Jalan terbaik adalah baginya merujuk kepada Biro Bantuan Guaman atau Pusat Bantuan Undang-Undang, Majlis Peguam.

Persoalannya sekarang - setakat manakah pihak kerajaan mampu melindungi rakyat marhaen seperti saudara baru ini! Mungkin kerajaan harus mengkaji semula sistem tribunal pengguna ini terutama dari segi aspek perlaksanaan dan penguatkuasaan award.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk mem...

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m...