Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Kerjaya sebagai peguam

Hj Sulaiman Abdullah adalah peguam yang dihormati kawan dan lawan kerana prinsipnya Oleh: Dr Zulqarnain Lukman      S ewaktu melintasi tempat meletak kereta di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam saya terlihat beberapa orang membawa jambangan bunga diiringi oleh ahli keluarga masing-masing. Kelihatan di wajah mereka kegembiraan dan keceriaan. Saya pasti bahawa hari semalam adalah hari besar dalam hidup mereka dan ibu bapa mereka. Mereka telah menghabiskan masa sekurang-kurangnya 1 tahun di peringkat matrikulasi atau A-Level dan 4 tahun bagi menghabisi pengajian undang-undang. Ibu bapa mereka juga pasti telah berbelanja besar untuk menampung yuran pengajian anak-anak di universiti. Tidak syak lagi bahawa semalam adalah hari besar dan bersejarah bagi mereka kerana hari semalam adalah hari mereka didaftarai dan diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya. Ini bermakna pengajian mereka di peringkat sarjana muda undang-undang telah mencapai kemun

Akta yang gantikan ISA akan lebih zalim

Akta yang akan menggantikan ISA akan lebih zalim Rata-rata rakyat Malaysia menyambut baik langkah Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (“ISA”). Langkah tersebut dipuji oleh semua pihak khususnya parti pembangkang dan badan bukan kerajaan. Tetapi masih timbul tanda tanya kerana pemansuhan ISA itu bukanlah pemansuhan mutlak tanpa bersyarat malah berikutan pemansuhan itu kerajaan bakal memperkenalkan dua akta baru. Menteri Dalam Negeri pula mendedahkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan dua akta baru itu berasaskan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom. USA Patriot Act atau lebih dikenali sebagai Patriot Act adalah singkatan kepada Uniting (and) Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (to) Intercept (and) Obstruct Terrorism   Act of 2001 dan telah diperkenalkan oleh Presiden George W. Bush pada 6 Oktober 2001. Akta ini diperkenalkan selepas Amerika mengalami serangan Sept

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sedar tak sedar, hampir 2 tahun blog ini tidak dikemaskini. Terasa satu dosa jika blog ini tidak diupdate. Ilmu yang ada harus dicurahkan supaya ianya memberikan manfaat kepada orang ramai. Justeru, saya berazam untuk memanfaatkan sedikit ilmu perundangan yang ada ini untuk manfaat masyarakat. Jika ada ilmu tetapi tidak diamalkan nescaya ilmu tersebut akan lari daripada kita. Ilmu yang diamalkan dan disebarkan akan memberikan manfaat kepada orang lain. Semoga dengan ini akan memotivasikan diri saya untuk terus komited dalam penyebaran ilmu yang bermanfaat. Sempena hari raya yang mulia ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin Sekian