Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Ramadhan Dan Peguam

Salam Aidilfitri untuk semua. Tatkala coretan ini dilakarkan, Ramadhan 1433H hanya tinggal sehari lagi. Ramadhan akan datang belum pasti lagi berjaya ditempuhi. Ramadhan adalah bulan paling diberkati di dalam agama Islam. Bulan yang penuh rahmah dan muhasabah kepada penganutnya. Di Malaysia, Per. 11(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin hak umat Islam untuk menganut dan beramal dengan ajaran Islam tanpa ada gangguan daripada kerajaan mahupun penganut agama lain. Oleh itu, dengan jaminan perundangan yang ada, umat Islam di Malaysia dapat beramal ibadat dan melaksanakan rukun Islam ketiga ini dengan sempurna. Bagi seorang peguam khususnya yang bekerja sendiri, pasti bulan Ramadhan adalah bulan penuh cabaran dan dugaan. Ramadhan kali ini dirasa sangat mencabar bila mana tahap KPI (Key Performance Index) dilaksanakan. Kalau dahulu, sesuatu kes memakan masa 4-5 tahun untuk dihabiskan, kini kes perlu dihabiskan dalam tempoh 9 bulan. Lazimnya, para hakim akan cuba selesaikan satu-satu

Benarkah karikatur tidak dibenar dalam PRU 13?

Beberapa laporan akhbar pada 31/5/2012 menyiarkan berita bahawa Timbalan Pengerusi SPR, Dato Wan Ahmad Wan Omar menyatakan bahawa gambar karikatur tidak dibenarkan sepanjang tempoh kempen PRU 13 nanti. Berita itu boleh lihat  di sini  dan  di sini  . Dalam respon segera oleh kartunis terkenal, Zunar di sini  beliau mengatakan bahawa beliau akan terus berkempen menggunakan karikatur. Pertamanya, agak tidak tepat laporan Utusan dan Bernama itu kerana semakan saya mendapati tidak wujud Akta Pilihan Raya 1994. Yang ada adalah Akta Pilihan Raya 1958. Tetapi kandungan seksyen 4(a) itu tidak menjurus kepada maksud pengharaman itu. Saya fikir mungkin wartawan tersalah dengar atau tersalah catat. Yang sebenarnya mungkin seksyen yang menjadi taruhan Timbalan Pengerusi SPR adalah seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Seksyen tersebut menyatakan: Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan  4A. (1) Mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan r

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Waran tangkap, apa faedahnya?

Apakah faedah mendapatkan waran tangkap dalam tuntutan berkaitan mal? Jika dalam kes jenayah, waran tangkap biasa dikeluarkan untuk memastikan kehadiran orang kena tuduh. Tetapi dalam kes mal atau kes sivil, sesuatu kes dapat dijalankan meskipun tanpa kehadiran pihak yang dituntut atau didakwa. S.121(1)(b) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 menyatakan bahawa jika mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran, defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadiran defendan itu, tertakluk kepada sumpah istizhar yang akan dibuat oleh plaintif. Oleh itu, jika dalam sesuatu kes, asalkan penyampaian saman dan tuntutan telah disempurnakan samada melalui serahan saman kediri atau melalui cara penyampaian ganti, plaintif boleh memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap bagi memaksa kehadiran defendan. Sesetengah kes seperti kes saman penghutang penghakiman atau

Waran tangkap, satu instrumen penting dalam perlaksanaan perintah

Waran tangkap dalam kes sivil atau kes mal jarang digunakan oleh pihak-pihak yang menuntut. Mungkin tidak ramai yang tahu prosedur bagi memohon suatu waran tangkap daripada pihak hakim. 10 tahun dahulu sewaktu saya mula beramal di Mahkamah Syariah, saya pun tidak tahu bagaimanakah cara untuk memohon waran tangkap ini. Saya hanya tahu selepas seorang klien bertanyakan saya, adakah beliau boleh memohon waran tangkap untuk memastikan kehadiran bekas suaminya ke mahkamah. Setelah menyemak peruntukan undang-undang, baru saya tahu rupanya selepas sesuatu serahan saman disempurnakan ke atas pihak defendan atau responden, pihak plaintif atau pemohon boleh memohon daripada hakim bagi mengeluarkan waran tangkap ke atasnya. Tujuan waran ini dikeluarkan adalah untuk memastikan kehadiran defendan atau responden. Sesetengah defendan atau responden amat degil untuk hadir ke mahkamah. Dalam sesetengah kes, kadang kala ada baiknya jika defendan tidak hadir seperti contohnya permohonan perceraian seca

Anak Mangsa Perceraian

Beberapa hari lepas anakguam sangat gembira kerana berjaya mendapat perintah Mahkamah Syariah untuk bersama dan bermesra dengan anak-anaknya selama seminggu dalam tempoh cuti penggal persekolahan. Namun, nyata sekali si ibu tidak gembira dengan keputusan Mahkamah itu. Ini mungkin berpunca sakit hati ke atas suaminya itu belum lagi habis. Si suami telah bernikah lain tanpa pengetahuan si isteri dan si isteri hanya mengetahuinya selepas 2 tahun pernikahan itu berlangsung. Ini mengundang kemarahan isteri.  Akhirnya, badai yang menimpa pantai itu tidak dapat lagi dihalang. Pernikahan itu berakhir dengan perceraian. Perceraian ini meskipun pahit, mungkin menjadi penawar terbaik untuk pasangan ini. Namun, dalam proses mendapat penawar ini, seharusnya anak-anak tidak dimangsakan. Silaturrahim antara anak dan bapa tidak harus diputuskan. Apatah lagi, jika anak-anak itu masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang seorang bapa. Usah jadikan anak-anak seperti anak yatim yang kematian bap