Apabila berlaku kematian lazimnya si mati akan meninggalkan harta yang dikenali sebagai harta pusaka (estate - saya pernah terkeliru dahulu ingatkan estate ini adalah estet getah atau estet sawit). Oleh kerana si mati telah meninggal dunia, maka seseorang perlu dilantik bagi menguruskan harta si mati. Pengurus harta si mati ini dipanggil pentadbir harta pusaka. sumber: www.kuburakhirat.com Terdapat 2 cara untuk melantik pentadbir harta ini iaitu jika si mati meninggalkan wasiat yang telah menamakan wasi atau pentadbir (executor) maka orang itu akan menguruskan harta si mati. Jika si mati tidak menamakan siapakah wasi dalam wasiatnya atau si mati mati tanpa meninggalkan wasiat maka seorang atau tidak lebih daripada empat orang boleh dilantik sebagai pentadbir harta si mati. Kadangkala, para waris tidak boleh bersepakat untuk melantik pentadbir harta si mati, maka kaedah dan prinsip berikut akan digunakan oleh pihak M
A lawyer's blog. Discussing various legal issues in daily life.