Skip to main content

Keseronokan Kerjaya Guaman

Antara keseronokan kerjaya guaman adalah apabila anda dihargai oleh klien (saya pun tidak pasti kenapa dalam kerjaya guaman perkataan 'klien' digunakan dan jarang perkataan 'pelanggan' digunakan; selain itu, ejaan klien kadang-kala dieja sebagai 'kelayan'). Lebih-lebih lagi jika anda dihargai oleh pihak lawan. Ini tentu sekali memberikan impak yang besar kepada diri seorang peguam.

sumber: www.commentskart.com

Pada tahun 2004-2005, sejurus selepas PRU 11, saya berpeluang untuk bersama-sama dengan Datuk Haji Mohd Ariff Yusof (sekarang Hakim Mahkamah Rayuan) untuk membawa kes petisyen pilihan raya di Mahkamah Pilihan Raya. Pada masa itu, Datuk Haji Mohd Ariff Yusof adalah peguam kanan di firma Cheang & Ariff sebelum beliau ditawarkan untuk berkhidmat sebagai seorang hakim. Meskipun kalah di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan, kekalahan itu adalah kekalahan yang bermaruah.

Antara isu penting yang dibangkitkan adalah samada prinsip yang diputuskan oleh Lord Denning dalam kes Morgan vs Simpsons terpakai di Malaysia dalam mentafsirkan seksyen 32(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, iaitu antara lain, bahawa jika berlaku perlanggaran yang serius terhadap undang-undang pilihan raya, sesuatu pilihan raya itu boleh dibatalkan meskipun jika pempetisyen itu gagal membuktikan bahawa perlanggaran itu telah menjejaskan keputusan pilihan raya.

Apa yang ingin disampaikan di sini adalah bahawa pihak lawan pun sangat terpesona dengan hujahan kami sehingga pihak lawan mengatakan bahawa hujahan itu adalah antara hujahan yang terbaik yang beliau pernah lihat dan beliau pada dasarnya bersetuju supaya prinsip Lord Denning itu dipakai meskipun beliau akhirnya tidak bersetuju bahawa prinsip tersebut terpakai secara spesifik dalam rayuan kami,

Hari ini, peristiwa yang hampir sama juga berlaku apabila seorang litigan yang pernah menjadi musuh di Mahkamah beberapa tahun lepas telah menghubungi saya dengan tujuan untuk merujukkan satu kes berkaitan keluarganya kepada saya. Ini membuatkan saya agak terharu kerana masih segar diingatan betapa pada masa beliau menjadi litigan, saya dianggapnya sebagai musuh yang perlu dilanyak dan dimusnahkan kerana bersekongkol dengan klien saya.

Kerana itu, sebenarnya profesion guaman ini tidak jauh bezanya dengan kerjaya di bidang politik. Musuh pada hari ini mungkin menjadi musuh pada hari esok. Sama seperti klien, saya diajar oleh peguam senior supaya tidak mempercayai klien sepenuhnya. Klien itu mungkin menjadi klien pada hari ini, tetapi mungkin minggu depan akan membuat aduan di Lembaga Disiplin dan bertekad untuk memusnahkan kerjaya kita.

Sebagai peguam, seharusnya kita memegang kepada etika kepeguaman dan bertindak menurut prinsip dan lunas perundangan tanpa sebarang taktik kotor. Ada peguam yang sanggup mereka-reka bukti semata-mata untuk melepaskan kliennya daripada penjara. Jika kita bertindak secara profesional dan berprinsip, percayalah lambat-laun kita juga akan dihargai oleh pihak lawan. Tetapi jika kita tidak bertindak secara budiman (saya tak tahu kenapa gentleman tidak diterjemah sebagai lelaki yang lemah-lembut) maka kita akan hilang maruah diri. Maruah diri bagi seorang peguam adalah sangat tidak ternilai harganya.

Dua hari lepas, saya dihubungi oleh peguam sebuah bank memaklumkan saya bahawa saya dan beliau dikehendaki hadir di hadapan Penolong Kanan Pendaftar untuk suatu penjelasan (clarification). Saya pun tidak mengesyaki apa-apa yang aneh berlaku berlaku walaupun saya mendapati agak ganjil perkara itu berlaku kerana saya sebelum itu saya telah berjaya mengenepikan petisyen pemiutang yang difailkan oleh peguam bank tersebut.

sumber: www.commentskart.com

Rupa-rupanya pada hari yang ditetapkan itu, peguam itu telah mengelat. Beliau telah terlebih dahulu masuk berjumpa Penolong Kanan Pendaftar itu bagi mendapatkan penjelasan kenapakah Mahkamah telah mengenepikan petisyen pemiutang di Mahkamah itu sedangkan beliau telah berjaya membatalkan permohonan untuk mengenepikan penghakiman ingkar klien saya di Mahkamah lain. Lebih teruk lagi, sebenarnya beliau telah menulis surat kepada Mahkamah bagi mendapatkan temujanji tanpa mengemukakan salinan surat permintaan itu kepada kami. Pada saya, ini adalah tindakan yang tidak beretika kerana peguam sepatutnya bertindak adil tanpa sebarang unsur-unsur untuk mengelat.

Akhir sekali, saya menyatakan bahawa maruah diri memerlukan suatu tempoh yang lama untuk dibina. Tetapi, maruah diri itu boleh dimusnahkan dalam satu peristiwa sahaja. Oleh itu, seharusnya peguam semua tidak harus memandang enteng hal maruah diri ini. Maruah diri perlu dipupuk untuk seorang peguam itu menjadi hebat dan ternama. 'Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'.

Comments

Popular posts from this blog

Apa nak buat bila dah kena tangkap?

Jika seseorang defendan atau responden ditangkap ekoran waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya, maka biasanya defendan itu akan dibawa ke balai polis yang berdekatan. Setelah butirannnya diambil, lazimnya defendan akan dibebaskan dengan jaminan polis. Polis boleh melepaskan defendan itu dengan jaminan mulut oleh defendan sendiri atau polis boleh meminta supaya defendan mendapatkan seorang penjamin yang lain. Defendan dan penjamin perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang ditetapkan pada hari sebutan. Jika defendan hadir, maka Mahkamah boleh melanjutkan jaminan yang diberikan ke atasnya dengan jaminan yang sama atau Mahkamah boleh meminta supaya didepositkan wang sebagai jaminan kehadirannya ke Mahkamah. Biasanya di Mahkamah Syariah, kadar jaminan wang antara RM1000 - RM2000. Menariknya, seorang peguam syarie boleh memberikan jaminan ke atas defendan itu, Namun, akta yang ada tidak jelas samada peguam syarie itu adalah peguamnya sendiri atau pun peguam yang lain. Ini kerana, jika

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseor