Apabila berlaku kematian lazimnya si mati akan meninggalkan harta yang dikenali sebagai harta pusaka (estate - saya pernah terkeliru dahulu ingatkan estate ini adalah estet getah atau estet sawit). Oleh kerana si mati telah meninggal dunia, maka seseorang perlu dilantik bagi menguruskan harta si mati. Pengurus harta si mati ini dipanggil pentadbir harta pusaka.
sumber: www.kuburakhirat.com
Terdapat 2 cara untuk melantik pentadbir harta ini iaitu jika si mati meninggalkan wasiat yang telah menamakan wasi atau pentadbir (executor) maka orang itu akan menguruskan harta si mati. Jika si mati tidak menamakan siapakah wasi dalam wasiatnya atau si mati mati tanpa meninggalkan wasiat maka seorang atau tidak lebih daripada empat orang boleh dilantik sebagai pentadbir harta si mati.
Kadangkala, para waris tidak boleh bersepakat untuk melantik pentadbir harta si mati, maka kaedah dan prinsip berikut akan digunakan oleh pihak Mahkamah untuk menentukan siapakah yang paling layak untuk menjadi pentadbir harta si mati.
1. S.30 Akta Probet dan
Pentadbiran 1959 (Akta 97) budi-bicara yang luas kepada Mahkamah
untuk memutuskan siapakah yang paling sesuai menjadi pentadbir harta si mati
(provides wide discretion to the Court as to whom it shall grant the letter of
administration) – lihat In The Estate
Of Ngau Ken Lock (Deceased)(Ngau Voon Kiat, Petitioner) [2002] 4 MLJ 74 di hlm
79.
2. Harta pusaka si mati hendaklah
ditadbirkan secara paling cepat dan paling ekonomi (The
estate of the deceased must administered expeditiously and economically): lihat
In The Estate Of Ngau Ken Lock
(Deceased)(Ngau Voon Kiat, Petitioner) [2002] 4 MLJ 74 di hlm 79.
3. Kehendak majoriti waris (wishes
of the majority of the beneficiary): lihat In
The Estate Of Ngau Ken Lock (Deceased)(Ngau Voon Kiat, Petitioner) [2002] 4 MLJ
74 di hlm 80. Walaubagaimanapun,
setiap kes perlu diputuskan mengikut meritnya. – Lihat In the matter of the estate of Tan Sri Datuk Syed Kechick @ Syed
Bakar bin Syed Mohamed, deceased; Puan Sri Sofiah Moo @ Moo Nyok Yin and Ors
(2010) MLJU 1113, di hlm 6
4. Siapakah yang paling layak (the
fittest among the beneficiary shall administer the estate): lihat In The Estate Of Ngau Ken Lock
(Deceased)(Ngau Voon Kiat, Petitioner) [2002] 4 MLJ 74 di hlm 80.
5. Meskipun begitu, terdapat
keadaan yang mana seseorang pemohon akan mengatasi kelayakan pemohon yang lain
atas faktor berikut:
i.
Berkelakuan tidak elok atau
kedudukan kewangan pemohon yang tidak bagus (bad character, financial position
or ineptitude for business of an applicant.
ii.
Fakta bahawa pemohon mempunyai
kepentingan yang tidak berpatutan dengan pentadbiran harta yang telus (the fact
that he had an interest incompatible with the proper administration of the
estate).
iii.
Kepentingan pemohon yang kecil
dalam harta pusaka si mati (his minor interest in the estate).
iv.
Kedudukan pemohon itu yang
terdedah kepada bantahan oleh orang lain yang juga berhak kepada harta pusaka
itu (he is personally objectionable to other persons entitled to share in the
estate.
Lihat In The
Estate Of Ngau Ken Lock (Deceased)(Ngau Voon Kiat, Petitioner) [2002] 4 MLJ 74
di hlm 80.
Antara buku yang baik untuk
memahami ilmu pusaka orang Islam
6. Mahkamah tidak akan memaksa
untuk melantik pentadbir bersama (The court will never
force joint administration): In the
matter of the estate of Tan Sri Datuk Syed Kechick @ Syed Bakar bin Syed
Mohamed, deceased; Puan Sri Sofiah Moo @ Moo Nyok Yin and Ors (2010) MLJU 1113,
di hlm 5
7. Ketelusan mengenai pentadbiran
: Prinsip ini mengatasi prinsip yang menyatakan
bahawa seseorang yang ingin dilantik oleh pentadbir itu mestilah tidak dibantah
oleh waris lain (The principle of excluding and indeed excising the
objectionable party must give way to the principle that would promote greater transparency
and help in discovery of the truth of the extent of the deceased’s estate and
assets). – lihat In the matter of the
estate of Tan Sri Datuk Syed Kechick @ Syed Bakar bin Syed Mohamed, deceased;
Puan Sri Sofiah Moo @ Moo Nyok Yin and Ors (2010) MLJU 1113, di hlm 7
Semoga tulisan ini dapat membantu anda.
Comments
}