Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

The Art of Cross-Examination

Please have a look at the way YB Hanipa Maidin crossed the witness. It is indeed fascinating to become a lawyer especially when you have the opportunity to cross a witness. Especially if a witness has acted as if he knows everything about the subject or the witness is giving his opinion rather than stating the fact. Unfortunately, this article is in Malay. You may seek help from Mr Google Translator. The original article can be found at  http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/25781-rahim-noor-teruk-dikerjakan-oleh-hanipa PULAU PINANG:  Perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu ke atas Utusan berhubung berita yang disiarkan pada 27 dan 28 Ogos 2011 semakin panas apabila saksi Utusan, Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara disoal balas bertalu-talu oleh peguam Mohamad Sabu, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) . YB Hanipa Maidin Di dalam keterangannya semalam, Rahim Noor menyatakan secara panjang tentang sejarah ideologi komunis di mana Hanipa bangun

Pelanggan Berulang - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman _ Siri 2

Sebenarnya kejayaan itu datang dengan usaha. Usaha itu yang harus diterokai dengan ilmu dan pengalaman. Kejayaan tidak datang bergolek. Saya teringat tulisan Pak Subky Latif, seorang wartawan veteran bahawa kejayaan itu bukan jadi dengan 'kun fa yakun'. Kejayaan sebagai peguam menjadi dambaan setiap pelajar undang-undang. Pada waktu belajar dahulu, ramai kawan-kawan ingin menjadi berjaya seperti Karpal Singh, legenda Harimau Jelutong. Tidak salah mempunyai idola atau orang yang didambakan. Tetapi tidak semestinya kita mesti mengikut jalan yang dilalui oleh Karpal Singh untuk berjaya. Salah satu cara untuk berjaya dalam profesion guaman ini adalah dengan mempunyai pelanggan tetap atau dalam bahasa marketing - 'repeat customer'. Repeat Customer ini bermaksud pelanggan yang berulang-ulang mendapatkan khidmat guaman daripada firma kita. Soalnya bagaimanakah ingin mendapatkan repeat customer ini? Sebabnya peguam bukan penjual kambing percik macam Pak Wan (ada satu gerai

Fokus - Bagaimanakah ingin berjaya dalam profesion guaman - Siri 1

Tahun ini adalah tahun ke 14 saya bertugas dalam bidang kepeguaman. Dalam kata lain, saya dipetisyen masuk ke Mahkamah Tinggi Malaya adalah pada tahun 2000. Bagaimanakah saya dapat survive dalam kerjaya yang mencabar ini. Sudah ramai rakan-rakan yang meninggalkan kerja kepeguaman ini. Ada rakan yang menceburi bidang perniagaan lain seperti menjadi pemusnah anai-anai, pensyarah, pengusaha resort dan pelbagai kerjaya. Untuk berjaya dalam mana-mana bidang sekalipun saya fikir kita memerlukan daya tahan dan sikap inovatif (syukur juga Kerajaan Malaysia sekarang menekankan sifat inovatif ini dalam belajar). Saya tidak sanggup untuk ke Mahkamah semata-mata kerana ingin mendapat JID (judgment in default). Saya juga tidak sanggup ke Mahkamah untuk mendapatkan tarikh sebutan semata-mata. Pada masa mula beramal dahulu, antara kesukaan saya adalah untuk pergi ke Mahkamah dan membuat beberapa sebutan kes dan selepas itu beramai-ramai berkumpul di kantin Mahkamah untuk bercerita dan bergosip.

Menggunakan Waran Tangkap Di Mahkamah Syariah

Seringkali waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Apakah yang menjadi punca waran tangkap tersebut tidak dapat dilaksanakan. Mungkin yang ingin tahu mengenai waran tangkap ini dapat lihat posting saya terdahulu (May 2012). Ada 3 posting berkaitan waran tangkap di sana. Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah bahawa untuk memastikan perlaksanaan berkesan ke atas waran tangkap adalah dengan memastikan masa penguatkuasa agama atau polis membuat tangkapan itu, defendan mesti ada di alamat di mana waran tangkap itu dikeluarkan. Minggu lepas, ada satu kes di mana waran tangkap tidak dapat dilaksanakan. Kes tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur. Pada mulanya setelah mendapat salinan waran tangkap, plaintif sendiri telah pergi ke balai polis berdekatan dengan rumah defendan. Sewaktu pergi ke sana, plaintif telah menunjukkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah dan memohon untuk berjumpa den

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m