Skip to main content

Menggunakan Waran Tangkap Di Mahkamah Syariah

Seringkali waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Apakah yang menjadi punca waran tangkap tersebut tidak dapat dilaksanakan. Mungkin yang ingin tahu mengenai waran tangkap ini dapat lihat posting saya terdahulu (May 2012). Ada 3 posting berkaitan waran tangkap di sana.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah bahawa untuk memastikan perlaksanaan berkesan ke atas waran tangkap adalah dengan memastikan masa penguatkuasa agama atau polis membuat tangkapan itu, defendan mesti ada di alamat di mana waran tangkap itu dikeluarkan.

Minggu lepas, ada satu kes di mana waran tangkap tidak dapat dilaksanakan. Kes tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur. Pada mulanya setelah mendapat salinan waran tangkap, plaintif sendiri telah pergi ke balai polis berdekatan dengan rumah defendan. Sewaktu pergi ke sana, plaintif telah menunjukkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah dan memohon untuk berjumpa dengan pegawai penangkap. Namun, apabila dibuat pertanyaan, pihak polis di balai tersebut tidak mengetahui siapakah yang bertanggungjawab atas waran tersebut. Akhirnya waran itu tidak dapat dilaksanakan.

Apabila sampai tarikh sebutan kes, Mahkamah diberitahu bahawa waran tangkap itu tidak dapat dilaksanakan. Peguam telah memohon supaya waran tangkap itu disambung lagi. Setelah dibuat pertanyaan, rupanya waran tangkap itu akan diserahkan kepada pejabat polis mahkamah. Setelah pergi ke pejabat polis itu, baru diterangkan bahawa polis mahkamah sendiri akan melaksanakan waran tersebut dan bukan polis dari balai berdekatan dengan rumah defendan. Cuma, balai polis tersebut akan diberikan salinan waran itu sebagai rekod sahaja.

Oleh itu, peguam akan menasihati plaintif untuk membuat temu janji dengan polis mahkamah yang akan melaksanakan waran itu dan membuat kerja intipan mengenai masa di mana defendan akan berada di rumah atau di pejabatnya supaya pada masa tersebut polis boleh datang untuk menangkap defendan tersebut.

Jika langkah ini dibuat, insya Allah tidak berlaku lagi masalah dalam melaksanakan waran tangkap. Jika plaintif hanya berpeluk tubuh dengan menunggu hasil tangkapan nescaya sukar untuk menangkap defendan tersebut. Kerjasama harus terjalin antara plaintif dan pegawai polis penangkap serta pihak Mahkamah. Koordinasi langkah adalah mustahak bagi menjamin kesempurnaan waran tangkap ini dan supaya kes mahkamah dapat berjalan dengan lancar


Comments

Popular posts from this blog

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk mem...

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)

Secara umumnya undang-undang berkaitan hak penjagaan anak ini adalah mudah. Lazimnya jika seseorang anak itu belum mumaiyyiz (belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk), hak jagaan adalah diberikan kepada ibu. Jika anak itu telah mencapai umur mumaiyyiz, lazimnya umur 7 tahun ke atas, Mahkamah akan menemuramah anak itu dan menanyakan anak tersebut dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal. Walaupun terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini, Mahkamah biasanya jarang lari daripada prinsip umum ini. Namun, pengalaman lepas menunjukkan bahawa kes berkaitan hadhanah ini paling sulit untuk diselesaikan disebabkan faktor-faktor yang mendatang. Ini disebabkan seseorang ibu atau bapa itu gagal memahami konsep hadhanah ini menurut hukum syarak. Ibu atau bapa yang bercerai itu kadang-kadang terbawa-bawa dengan sebab perceraian sehinggakan anak tersebut menjadi mangsa. sumber: www.jurnalberita.com Sewaktu kes hadhanah itu berlangsung, pihak-pihak biasanya akan m...