Skip to main content

Semakan Kes Ke Mahkamah Rayuan Syariah di bawah S. 53 Akta 505

Dalam kes Zxxxxx bt Mxxxxxxx Mxxxxxxxx lwn Majid bin Saith Mohamed, Rayuan No. 14000-041-0049-2013 & 14000-003-0045-2012, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur (Panel: DS Yusup Che Teh, Dato Aidi, Dato Hussin) pada 26/8/2014 telah membuat keputusan seperti berikut:

"S.53 Akta 505 membenarkan Mahkamah Rayuan Syariah untuk menyemak kes samada masih dalam prosiding atau kes yang telah diputuskan. Tiada sebarang tempoh masa tertentu proses semakan boleh dibuat namun ianya tidak boleh sewenang-wenangnya dibuat".

Saya tak pasti samada kes ini akan dilaporkan atau tidak di dalam Jurnal Hukum. Oleh itu, maknanya kalau kes itu telah lama sekali pun, peluang untuk menyemak masih ada.


Sakian melaporkan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengiraan Kadar Mutaah

1.  Bagi pasangan yang bercerai, menetapkan kadar mutaah yang sewajarnya adalah suatu kesulitan. Bagi isteri, pasti mahu mendapatkan jumlah yang besar setimpal dengan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap suami. Bagi suami, jumlah yang dituntut oleh isteri itu mungkin melampau dan tidak setara dengan tindakan yang dibuat oleh bekas isteri. Misalnya, dalam kes tuntutan mutaah pelakon Rita Rudaini lwn Aidil Zafuan Abdul Razak, yang mana plaintif telah mendapat penghakiman sejumlah RM30,000 berbanding tuntutan asalnya yang berjumlah RM300,000.   2.   S.56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) tidak memperincikan kaedah menetapkan jumlah mutaah yang perlu dibayar. Ianya hanya menyebutkan, kadar mutaah itu ditetapkan atas suatu jumlah yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut Sebagai tambahan kepada haknya untuk mem...

Hebatnya Menjadi Peguam

Setiap kali keputusan peperiksaan SPM/STPM diumumkan maka ibu bapa dan anak-anak akan mula mencari-cari apakah kursus yang perlu diambil bagi meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Saya percaya ramai ibu bapa dalam dilema mengenai kursus yang wajar diambil terutama jika anak-anak itu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM. Antara kursus yang menjadi pilihan ramai adalah kursus pengajian undang-undang kerana sesiapa yang tamat pengajian undang-undang boleh memohon untuk menjadi peguam. Kerjaya peguam, doktor atau jurutera menjadi pilihan ramai. Para ibu bapa ramai yang mengidamkan anak mereka dapat didaftaraikan sebagai seorang peguam. Ini kerana pada tanggapan ramai, kerjaya peguam ini adalah kerjaya yang 'glamour', hebat, petah bercakap, berketrampilan, segak berpakaian dan menjanjikan pendapatan lumayan serta segala kemewahan hidup. Jika ada yang berminat untuk menjadi peguam maka beberapa perkara mengenai kerjaya ini harus difahami. Pegua...

Perbandingan Ringkas Sistem Kenegaraan Malaysia Dan Indonesia

Beberapa hari yang lepas, kami telah melakukan permusafiran ke bumi Sulawesi yang menjadi tempat mastautin masyarakat Bugis. Setepatnya perjalanan ini adalah ke Bandaraya Makassar, Sulawesi Selatan. Rombongan kami terdiri daripada peguam, pegawai tadbir diplomatik dan mahasiswa tahun akhir undang-undang. Perjalanan kali ini adalah perjalanan untuk berkongsi ilmu kepeguaman dan perundangan dengan STISIP (Sekolah Tinggi Ilmu Sosial dan Ilmu Politik) di Kabupaten (Daerah) Rappang, Sulawesi Selatan. Sulawesi Selatan adalah salah sebuah provinsi (negeri) yang berada dalam negara Indonesia. Provinsi ini mengandungi 24 daerah iaitu 21 Kabupaten dan 3 Kota Madya. Pada mulanya agak sukar untuk memahami sistem kenegaraan dan struktur organisasi pentadbiran di Indonesia. Persoalan berkaitan sistem kenegaraan Indonesia sudah lama bermain di fikiran khasnya selepas Jokowi berjaya memenangi jawatan Presiden Indonesia. Tambahan lagi, kepakaran yang dipelajari selama ini adalah dalam bidang perlem...